Search This Blog

Loading...


Okay baca tajuk dia pun dah meremang kan? Lagi-lagi baca time tengah malam. Kan kan kann. Angguk cepat! Hahaha.

Okay lah haritu... 

Saya solat di ruang tamu. Solat jemaah dengan umi. Saya jadi imam, umi jadi makmum. Okay solat lah seperti biasa. Takbiratulihram. Iftitah. Al-fatihah. Surah.... Dan rukun-rukun solat yang lain. 

Saya tak ingat rakaat yang keberapa. Tapi masa tu saya tengah berdiri lah yang pasti. Saya macam ternampak bayang putih kat tepi saya. Zapppp! Serius terkejut! Dupdap dupdap dupdap. 

Tapi jangan salah faham, saya nampak dari mata saya yang tepi. Bukan saya toleh ke kiri semasa saya solat. Hahaha. Saya macam nampak bayangan putih dari tepi mata saya je. Sipi-sipi macam tu.

Benda tu gerak-gerak. 

Aduhhhh den tak khusyuk dah ni hahaha. Cis! Apabenda tu weh. Lembaga mana pula ni mai rumah den. Tak pernah-pernah pun jadi macam ni. 

Tapi, yang peliknya, time saya rukuk atau sujud,  benda tu tak ada. Benda tu hilang. Dissapear. 

Aik. 

Main aucak aucak pula dia?

Then, dah lepas beri salam semua. Saya relaks jelah, taknak tunjuk kat umi saya cuak kan. 

Zikir..doa..salam umi. Bangun.

Saya pun cuba berdiri tegak statik, nak tengok ada ke tak benda putih tu dekat tepi mata saya. 

Ada lagi dia!

Saya kuatkan iman untuk pandang ke belah kiri untuk bertentang mata dengan benda tu. Bismillah....

Rupanyaaa...

Saya sendiri! Cermin kat sebelah saya! Gerak-gerak sebab kipas pasang volume 3. Ciskekkk! Hahaha penat je cuakkkss time solat tadi ingat mende laaa.

Saya bukan nak pedajal anda semua ye dengan ending cerita 'seram' ni. Sebab saya memang rasa seram bila benda atas ni berlaku sehingga lah saya find out rupanya lembaga putih tu ..adalah saya sendiri yang memakai telekung putih! HMPH!

Tak saspens betul lah cerita ni.

HAHAHAHA. *please jangan lempang saya. Kbaii.

haritu...nampak lembaga putih di tepi ketika solat
highlightkan yang AND I SEE ME tu je ye hahaha
Pernah tak kena tuduh atas benda yang bukan kita lakukan atau cakapkan? Kita tak pernah cakap pun benda tu, tapi orang duk sibuk kata kita yang cakap. Kita tak pernah tahu pun apakebenda tu, tapi orang duk fitnah kata kita yang buat. Pernah tak rasa atau megalami keadaan sebegitu rupa? Saya pernah. Dan feeling time kena tu perghhhh.. rasa sakit hati, sakit jiwa, frust yang amat, kecewa dan sewaktu dengannya lah.

apa nak buat kalau orang tuduh kita atas benda yang bukan kita lakukan/cakapkan?

kalau orang tuduh kita atas benda yang bukan kita lakukan/cakapkan?
kalau orang tuduh kita atas benda yang bukan kita lakukan/cakapkan?
credit foto: thefrenchlavender.com
Soalan:

"ustaz, apa yang saya perlu buat kalau orang tuduh saya atas apa yang bukan saya katakan?"

Jawapan:

Ada dua keadaan:

kalau orang tuduh saya atas apa yang bukan saya katakan?
1- kalau orang tuduh saya atas apa yang bukan saya katakan?
1) Jika benda tu tidak membawa mudarat kepada kita dan orang lain, biarkan. Jika dengan cara berdiam diri, keadaan akan bertambah baik maka, better senyap.

kalau orang tuduh kita atas benda yang bukan kita lakukan/cakapkan?
2- kalau orang tuduh kita atas benda yang bukan kita lakukan/cakapkan?
credit foto: natawee.tumblr.com
2) Jika benda itu membawa mudarat atau keadaan akan bertambah buruk maka, baik lah kita perbetulkan keadaan. Beritahu orang lain bahawa itu tuduhan semata. Bukan kita yang cakap.


Wallahualam.

-Dr. Zulkefli (Mufti)
Rancangan Cinta Ilmu, TV Al-Hijrah.
Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!


Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

Siapa nak join GA ni? Klik SINI.

Done komen 3 entri Kak Sally!(InshaaAllah ikhlas komen tu hee) 

Entri:
1. Nur Batrisyia MSN 1st Birthday!
2. Watan Fried Kuey Teow, woohoo~
3. Sihat tu pun pinjaman.


Okay satu produk yang saya suka ye? 
Saya jenis yang sangat berkait rapat dengan produk-produk Safi haha. Saya guna syampu safi, pencuci muka Safi, krim safi. Nasib baik tak ada ubat gigi Safi #lawakhambar.

Okay focus to the topik!


SAFI BALQIS White Trilogy SPF30PA ++ BB CREAM

bb cream safi
BB Cream Safi SPF30PA ++
First time saya guna BB Cream ni rasanya setahun lepas, atau dua tahun lepas (cannot remember when exactly the first time I use it but..). seriusly saya jatuh cinta dengan BB Cream yang awesome ni. Syukur sangat Allah gerakkan hati saya untuk beli produk ni di kedai Zemart. Mula-mula tu ingat nak cuba-cuba je sebab masa tu kulit saya agak teruk sunburn. Kulit saya gelap sebab selalu terdedah dengan sunlight. Yela kan.. Muka saya jenis senang kena sunburn :( So, saya decide nak beli satu produk yang menyediakan perlindungan UV. And I choose Safi BB Cream.

Sejak saya pakai produk ni dan continuosly use it until now, saya perasan kulit saya bertambah baik. Warna kulit saya bertambah sekata, bertambah putih. Dua benda je lah saya sapu ke muka saya sekarang nisebelum keluar rumah - BB Cream dan bedak. No lipstick or so whateva. Sebelum saya pakai bedak, saya mesti tempek BB Cream ni. Dua benda ni je pun dah cukup buat saya rasa confident dengan muka saya yang comel ni. Eh hahahha.

Sampai sekarang saya still guna BB Cream Safi ni and this is one of my most favorite product because it is very effective! Sekarang ni dah nak habis dah. 

Sehinggakan.. haritu, seorang kawan baik yang dah lama tak jumpa, tegur saya. 

"kulit kau semakin flawless la sayidah. Apa rahsia kau?"

Erkkkkk. Wahh! Serius terkejut haha. 
Then, saya pun suggest BB Cream ni kat dia. Sebab saya rasa kulit saya semakin okay ..salah satu sebab dia adalah BB Cream Safi ni (selain daripada selalu workout & sapu lendir telur di muka).

Okay tu jelah saya nak cerita tentang produk kesukaan saya ni. Wahh dah macam buat full review tentang BB Krim Safi dah hahhaha. Oh kalau nak tahu kebaikan produk ni lebih banyak, boleh klik SINI for more info.

Sekian.. :)

FIRST GIVEAWAY GOMOSHOP96

FIRST GIVEAWAY GOMOSHOP96
FIRST GIVEAWAY GOMOSHOP96

Jom join FIRST GIVEAWAY GOMOSHOP96 ni di SINI

Tarikh tamat penyertaan : 25 September 2016.
Anak bongsu biasa dilabel sebagai manja, manja, manja dan hmmm manja hahahaha. Betul ke dak anak bongsu macam tu? Mestilah betul. Anak bongsu kottt haha. Dah la manja..comel pulak tu. Errkk terpuji diri sendiri pula. Okay wake up sayidah! 

Okay okay... Saya Sayidah. Anak bongsu dari lima beradik. Ada dua kakak, dua abang. Sebenarnya kalau nak diikutkan saya bukan lah anak bongsu tapi disebabkan adik lelaki saya meninggal ketika masih dalam kandungan umi. So, here I am! Being the youngest in the family.

Kekadang saya cemburu tengok orang lain ada adik. Ada kawan nak jadi geng dalam keluarga. 
Tapi kekadang bersyukur juga tak ada adik. Sebab banyak karenah je nak dilayan kalau ada adik ni. Tapi yang tentu, kalau saya ada adik, mesti saya jadi kakak yang baik dan comel. Eh hahahah.

best dan tak best jadi anak bongsu
best dan tak best jadi anak bongsu
gambar hiasan semata. credit foto: emgn.com
Selama 23 tahun menjadi anak bongsu ni, hmm let me tell you apa yang best dan tak best jadi anak bongsu ni (from my experience). 

Yang bestnya..

Pertama... dapat duit raya dari kakak abang yang dah kerja! Hahaha ni heaven. Kekadang tu time raya.. penyumbang duit raya terbesar adalah adik beradik saya sendiri. Yela masing-masing dah kerja. Lepastu, 2 kakak dan 1 abang dah kahwin. So, abang ipar dan kakak ipar saya pun bagi saya duit raya sebab saya tak kerja lagi. Perghhhhh.. tak ke bila kumpul-kumpul duit raya dari mereka.. dah jadi beratus ringgit? KEKEKEKE yeahoo boleh la buat duit poket sikit. 

Kedua... they (my kakaks and abangs) always be my strongest supporter. Kalau saya ada masalah, mereka tolong. Kalau saya kekadang kekurangan duit, mereka bantu mana yang mereka mampu. Kalau saya dalam kesusahan, mereka nasihat saya. Kalau saya dalam kesedihan, mereka beri kekuatan. Kalau saya buat salah, mereka tegur. By the way, that's the function of siblings right? Disebabkan mereka ni jenis yang sporting dan agak terbuka, saya suka nak share things dengan mereka yang saya tak boleh nak share dengan umi abi. 

Next.. lebih dimanjai. Kekadang keluar dengan akak atau abang, mereka belanja makan. Kekadang pergi mall ke, mereka tanya ada nak beli apa-apa ke. Kekadang pergi kedai baju, mereka belanja baju. Kekadang tak ada kasut, mereka belikan kasut. Kekadang kalau saya tak ada duit nak beli topup (lagi-lagi sekarang ni saya tengah jadi penganggur yang berjaya=.=), minta tolong mereka topup kan, mereka topup kan. Umi abi pula lebih manja kan saya dari yang lain-lain ..kot haha. Sebab saya bongsu dan tak kahwin lagi. So, dengan saya la umi abi nak bermanja-manja lebih. Lagi-lagi saya seorang je yang duduk kat rumah sekarang.

Keempat.. inspirasi dan role model. Which is my kakaks dan abangs. In some aspect and view, saya selalu kagum dengan mereka. Dengan kerjaya mereka. Kesungguhan mereka. Kewibawaan mereka handle family masing-masing. Kekuatan mereka dalam menjalani hidup mereka. So, daripada situ, saya ambil kebaikan mereka menjadi suatu kebaikan yang saya cuba tanamkan juga dalam diri saya. Tetapi, yang buruk mereka idok le saya ikut. Apa orang kata tu.. yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan tauladan.

best dan tak best jadi anak bongsu
best dan tak best jadi anak bongsu
Yang tak bestnya..

Dikongkong oleh umi abi lebih dari adik beradik yang lain? Hahaha. Disebabkan saya anak bongsu kan, so protection dari my parents sangat strong. Tapi guna word kongkong macam kejam pula kan. Guna perkataan over protection pun macam kejam. So nak guna perkataan apa yang sesuai ni ye? 
Anak bongsu lebih 'disayangi' ? Haa memang 'sayang' benau sampai nak keluar rumah dengan kawan-kawan pun susah nak kasi hahahaha. Tapi itulah life seorang anak bongsu

Kedua.. selalu kena buli =.= Lagi-lagi dengan abangs. Memang kerja nak buli saja adik bongsu yang comel ni tau. Dikatanya saya dinasour la =.= gergasi la =.= (sebab badan saya chubby). Lepastu, kalau nak buat apa-apa, biasanya mesti disuruh adik bongsu. "kakcik, ambik tu" "kakcik, ambik ni" "kakcik basuh pinggan" "kakcik pergi buat kerja ni" "kakcik buat ni". Bunyi macam kejam je selalu kena buat kerja kan, tapi memang tu lah hakikatnya haha. Tapi alaa setakat buat yang senang-senang, takde hal lah.

Next.. tak ada geng. Umi geng dengan abi. Kakak pertama geng dengan kakak kedua. Abang pertama dengan abang kedua. Den? Tak ada siapa nak geng dengan sayaa huwaaa *menangis tepi bucu katil. Hahaha. 

Tapi tu mungkin dulu la. Sekarang ni bila adikberadik semua dah besar-besar, masing-masing ada yang dah kahwin.. so, kira geng sama rata lah. Tapi still la kekadang rasa ada gap tu. Kakak pertama dengan yang kedua dah kahwin and dah ada anak. So, bila jumpa cerita tentang anak-anak lah. 

Abang pertama dan kedua suka game (Dota, dan sebagainya) dan suka bola. So, mereka kalau jumpa boleh la borak-borak pasal minat mereka yang sama. 

So, saya..... main je la dengan anak-anak buah hahahaha. Tapi apa apa pun, bahagia la dah ada 6 anak buah yang comel-comel kekeke.

best dan tak best jadi anak bongsu
best dan tak best jadi anak bongsu
Hmm.. tu je kot. Alaa kesimpulan sebenarnya ...

best jadi anak bongsu ni lebih dari tak bestnya. :)
"Saya pernah menggunakan produk kecantikan dan sangat cepat melicinkan wajah. Tapi saya ragu-ragu selepas membaca di laman sosial kesan produk yang ada bahan kimia. Apakah antara nama bahan yang berbahaya untuk kulit dan kesihatan?"
- Diana Dahlia, Setapak.

ELAKKAN 10 BAHAN TERLARANG DAN BERBAHAYA INI DALAM PRODUK!
elakkan 10 bahan terlarang dan berbahaya ini dalam produk
credit foto: creamwajahalami.com
Perlu diingatkan apabila membeli produk untuk kulit muka perlu baca setiap bahan kandungan produk terbabit. Ada sesetengah produk muka nampak perubahan ketara apabila digunakan dan ada yang tidak sampai seminggu mengakibatkan radang di wajah.

Perubahan yang sangat cepat bergantung pada kandungan bahan dalam produk itu. Kalau boleh, elakkan produk yang mengandungi bahan terlarang seperti yang tertera di bawah:

1. Midazolidiny urea dan diazolidinly urea

Ia adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas paraben. Bahan utamanya adalah formaldehid yang dikenali untuk mengawetkan mayat dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar, keradangan dan pengeluaran air mata.

2. Methly, proply, butly, dan ethyl paraben

Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. Walaupun diketahui beracun, kandungan ini masih banyak digunkana. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.

3. Petrolatum

Elakkan petrolatum atau wangian berbahan petrolaum kerana ini adalah byproduct daripada pengeluaran minyak bumi dan petrol.

4. Proylene glycol

Ini adalah gliserin sayur-sayuran yang dicampur dengan alkohol dan diperbuat daripada gandum. Propylene glycol ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Kajian terkini menunjukkan zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.

5. PVP/VA Coloymer

Zat kimia yang menghasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk semburan rambut dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikelnya boleh menyebabkan kemasukan benda asing pada paru-paru yang sensitif.

ELAKKAN 10 BAHAN TERLARANG DAN BERBAHAYA INI DALAM PRODUK!
diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk harga pos
order WHATSAPP/SMS 017200842
6. Stearalkonium chloride

Ia dibangunkan oleh industri tekstil sebagai pelembut kain. Zat kimia ini juga terkandung dalam perapi dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.

7. Sodium lauryl sulfate (SLS)

Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah kegatalan pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan..

8. Warna sintetik

Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali kali menggunakannya.

9. Haruman sintetik

Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Apabila anda menggunakan produk wangi, semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, ruam, hiper pigmentasi, batuk, muntah dan gatal kulit.

10. Triethanolamine

Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan PH dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata. 

ELAKKAN 10 BAHAN TERLARANG DAN BERBAHAYA INI DALAM PRODUK!
diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk harga pos
order WHATSAPP/SMS 017200842
Label kandungan tidak terperinci pada produk kecantikan juga semakin berleluasa di negara ini dan banyak produk kecantikan wajah dijual menawarkan pemutihan dalam tempoh singkat yang dijual di laman sosial. Kebanyakannya tidak menyatakan kandungan pada label. Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat, jeragat dan krim malam turut dijual pada 'harga berpatutan'

Namun, produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Produk biasanya yang dibekalkan dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand atau Filipina itu digunakan secara berleluasa.

Ia boleh menghakis kulit dan sesetengahnya menggunakan lemak khinzir.


Sumber:
Dr Jamil Jamal Buhari
Pakar Kecantikan, Aestetik, Klinik Pesona
Akhbar Berita harian

Soalan:

Assalamualaikum pakcu (seorang ustaz). Boleh terangkan tak..sejauh mana haramnya pelamin atau bersanding? Haram pada asasnya atau pada perbuatan? Confuse.

Memang dalam Islam, kita tak boleh bersanding/pelamin ke?


bersanding dan berpelamin tak salah dalam Islam tapi.....


bersanding dan berpelamin tak salah dalam Islam tapi.....
bersanding dan berpelamin tak salah dalam Islam tapi.....
credit foto: pinterest.com

Jawapan:

Waalaikumussalam. Okay pakcu beri pandangan berdasarkan kefahaman pakchu dalam hal ini. Secara asasnya, bila kita buat walimatulurus, sunnah kita war-warkan pada umum.

Bersanding berpelamin tak salah.. dengan syarat kita buat itu bukan niat menunjuk-nunjuk dan tidak bercampur gaul dengan bukan mahram.

Masalah besar dalam hal ini ialah menayang kehormatamn maruah isteri (pengantin perempuan) pada 'umum'.. apatah lagi kalau pakaian yang dipakai pengantin berunsur seksi, ghairah, menampakkan susuk tubuh.. dan pasti hal itu haram.

Haram juga bergaul bebas, bergurau bersangatan dengan yang bukan mahram.. ditambah majlis diserikan dengan lagu-lagu ghairah hingga kita lupa adab sopan, lupa waktu solat, yang haram makruh kita utamakan, seronok mengata mengumpat dan sebagainya.

Haram juga berpelamin dan bersanding jika ada unsur penyerupaan adat budaya kaum kafir, ada semah, tepung tawar, merenjis, berposing bercumbu di khalayak umum.

..okay malas lak nak ulas lagi. harap dapat take note the point.. wallaualam.

bersanding dan berpelamin tak salah dalam Islam tapi.....
HARGA RM80 termasuk pos. Order dengan saya meh!
WHATSAPP/SMS 0172008642

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh

http://spendalusuh.blogspot.my/2016/08/giveaway-amsterdam-by-spendalusuh.html
KLIK SINI UNTUK JOIN


Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh akan melabuhkan tirai pada 24 September 2016. So, mari ramai-ramai join! Best tau hadiah-hadiah GA ni- Fridge Magnet (FM) Amsterdam & Keychain Holland & Coin Purse Amsterdam.. OHMAI! Please please harap-harap la dapat menang salah satu hadiah ni hahahaha. 

I love FM! Suka tempek FM dekat peti ais tu. Walaupun tak pernah pergi Amsterdam kan, dapat FM dia pun jadi lah hahaha. Dan..coin purse tu awat comel sangatt! Waduhh waduh .. best kalau dapat coin purse tu. Hehehe.

Okay lah, goodluck semua yang join GA ni! :)

Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
credit foto: weheartit.com
MEMASAK

Ni memang kebanyakan kaum perempuan sangat takut. Especially saya hahahahaha. Sebab saya bukan jenis yang pandai memasak. Sekadar biasa-biasa saja sebab just selalu bantu umi masak. Tapi saya jarang masak seorang diri. Jarang masak masakan yang saya masak sendiri tanpa bantuan orang lain. Biasanya tolong orang masak atau orang lain pantau dan arah-arahkan apa yang saya kena buat time memasak. Haa tapi bila dah kahwin nanti, takkan la saya nak call mak saya suruh datang rumah bantu masak pula kan haha terkojottt suami den nanti. 

Tapi kan. Percaya lah lepas kita kahwin nanti automatik skill memasak kita akan bertambah baik dengan sendirinya tau. Tak percaya? Tanya lah kakak-kakak saya hahaha. Mereka macam saya juga sebelum kahwin. Tak berapa nak hebat dalam memasak. Tapi, bila dah lepas kahwin sekarang ni, alaa setakat masak simple tu eleh pejam sebelah mata jelah haha. 

Sebab bila mereka yang dah berkahwin, mesti tanggungjawab memasak untuk suami (dan keluarga) tu ada. Then, mereka mesti akan berusaha untuk memasak. Erti kata lain - desperate. So, bila dalam keadaaan terdesak, nak tak nak mesti kita kena memasak. Tu yang search Google resepi-resepi, call mak tanya macam mana nak masak ni, macam mana nak masak tu hehe. That's the EFFORT. So, bila lama-lama dah memasak walaupun agak terkial-kial mula-mula, ianya akan jadi natural. Bak kata orang, alah bisa tegal biasa. 


ANAK

Yang ni of course not me lah kan haha. Tapi saya tahu ada kaum wanita yang di luar sana takut nak timang anak lepas kahwin. Takut nak mengandung. Takut nak menghadapi sakitnya bersalin. Takut tak tahu nak handle baby nanti. Tak semua perempuan yang merasakan hal anak penyebab mereka belum bersedia untuk kahwin. Tapi memang ada orang yang sebegini rupa. Bukan sahaja kaum perempuan, malah ada kaum lelaki yang takut juga.


KERJA RUMAH

Kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju, sidai kain, sapu rumah, mop lantai, basuh tandas, lipat kain. Itu lah perkara yang memang wajib si isteri kena buat. Wajib ke? Kalau tak ada pembantu rumah, memang kerja si isteri la kan haha. 

Biasa orang yang ada maid ni, dia kurang bersedia untuk menghadapi kerja-kerja rumah selepas berkahwin. Unless dia memang kaya dan dia boleh hire pembantu rumah. Tapi kekadang lelaki tak suka ada pembantu rumah. Lelaki suka si isteri yang buat kerja-kerja rumah. Haa kalau macam ni, acamno? 

Kalau orang yang tiada maid dekat rumah pun macam saya, saya bahagi-bahagi buat kerja rumah dengan mak saya. Contohnya saya saya bilas kain, umi sidai kain. Saya basuh pinggan, umi memasak. Saya sapu rumah, umi mop lantai. So, beban kerja rumah tu berkurangan. Tetapi, bila dah kahwin nanti rasanya semuanya si isteri kena buat. Melainkan ada si suami yang sangat baik dan romantik yang sanggup tolong si isteri buat kerja rumah. Hehhe.

DAH TAK BOLEH SELALU LAGHA

Perkara lagha a.k.a buat perkara yang sia-sia hahaha. Contohnya: tengok drama korea (hehehe), baca Novel, stay up sampai 3,4 pagi sebab layan Running Man, online internet lama-lama. Haaa ni lah antara perkara lagha yang saya buat dan saya juga pasti remaja (remaja kew? :P) seperti saya lakukan juga hahaha. 

Nanti lepas kahwin, mesti dah jarang ataupun tak boleh dah nak lagha selalu. Melainkan si suami ada minat yang sama seperti di atas. Haa tu best lah. Tapi, kalau dah anak, jangan harap la kan nak selalu layan drama Korea lah, nak baca Novel lah. Sebab memang masa diluangkan dengan melayan karenah anak-anak. Betul tak para ibu? Hehe.

DUIT

Duit dalam bank tak cukup. Duit dalam dompet apatah lagi. Kerja pun belum. Pasangan pun belum ada kerja. Kewangan tak berapa nak stabil lagi. Makanya, tak bersedia lah untuk kahwin. Nehi nehiiii.

Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
credit foto: sister-fathima.tumblr.com
Walau apa-apa pun, walau takut mana sekalipun nak kahwin, walau tak bersedia mana pun.. sampai bila kan? Orang kata, kalau nak tunggu SEDIA tu datang, sampai bila-bila kot tak kahwin haha. Kalau dah ada calon, dah ada restu kedua-dua belah pihak keluarga.. apalagiiii. Hehehhe. 

Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
Perkara Yang Menyebabkan Kaum Wanita Belum Bersedia Untuk Berkahwin
credit foto: pinterest.com

Saya bila nak kahwin? 
Ehemm.. tunggu la 'orang tu' datang minang hahahaha. Kbai.
Tapi.. Apakah saya sudah bersedia untuk berkahwin?
Belum kot. Bangun pagi pun.......susah. Tak habis lagi nak bermanja dengan umi abi hahaha. Kbai lagi.

Lepas ni, mungkin saya buat entri tanda lelaki belum bersedia untuk berkahwin. STAY TUNED :)


Baca juga entri:
Kita biasa kalau sakit kepala, apa yang kita buat? Makan panadol, urut kepala, telan ubat hospital atau tidur kan. Tetapi haritu ada seseorang share penawar bagi sakit kepala di bahagian tertentu. Rupa-rupanya ada penawar yang sangat mudah jika kita sakit kepala, malah secara spesifik lagi.

penawar bagi sakit kepala di bahagian tertentu

penawar bagi sakit kepala di bahagian tertentu
penawar bagi sakit kepala di bahagian tertentu
credit foto: sydneyanxietyhypnosis.com

+ Jika sakit kepala tu kat bahagian depan, ubatnya dalah tidur.

+ Kalau kat atas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong).

+ Dan kalau sakit kepala tu kat bahagian belakang kepala, tu tanda kita stress dan kena release stress tu baru boleh okay.


Oooo gituuu.

Saya jarang sakit kepala di bahagian atas kepala. Kebiasaannya di bahagian belakang atau depan. Hmmm lepas ni dah boleh detect la apa yang perlu dibuat jika sakit kepala di bahagian-bahagian tertentu. Cuma..sakit kepala bahagian tepi je tak tahu apa maksud dia dan penawarnya hahaha.

Keberkesanan cara penyelesaian di atas ni pun saya tak pasti sebab saya tak pernah try lagi sejak tahu info di atas. Tapi mungkin betul sebab ada yang pernah buat kan. Jadi, uolss boleh la try lepas ni kalau sakit kepala. 

Tapi, maybe ada sesetengah orang yang sangat kerap sakit kepala atau sakit kepala sampai muntah-muntah. Itu tandanya mungkin anda mengalami migrain atau hendak period atau ...mengandung? Hehehe.

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.