KONTRA.

by - January 20, 2013

Salam semua!! Bismillah..

MANUSIA ZAMAN SEKARANG……
(p/s : ditulis daripada pengalaman diri sendiri . dan juga daripada manusia di sekeliling)

-Bila time solat je, mengantuk . Tengok movie, segar.

-Orang call , laju je angkat. Allah call untuk solat, lambat nak tunaikan.

-Sanggup tunggu 2,3 jam untuk tengok bola, tengok konsert. Dengar ceramah 1jam pun dah rasa lama.

-Online facebook,twitter 2,3 jam tak heran. Nak singgah website pasal agama sekejap pun malas.

-Baca majalah hiburan, takda hal. Baca majalah agama, emm nanti-nanti lah.

-10 kali berbalas-balas messsage kat kawan-kawan/pakwe/makwe, biasa-biasa je. 5kali berbalas message ngan parents, wohhh banyak tuh!

-Pakai lawa-lawa, sembur minyak wangi satu botol kalau nak keluar jalan-jalan. Menghadap ALLAH, minyak wangi secalit pun tak pakai.

-Zikir, baca Quran tak bersemangat, lemah je. Time nyanyi lagu, amboiii bukan main semangat lagi.

-Orang bagi hadiah kat kita, cakap terima kasih beribu-ribu kali, terharu sampai nak nanges. Allah bagi nikmat kat kita, ‘Alhamdulillah’ payah bebeno nak sebut, tak rasa terharu pun dengan pemberian-Nya.


Siapa manusia itu??
 KITA!!
 Iye kita.
 Tapi bukan semua macam tu. Sebahagian sahaja.
Marilah kita bermuhasabah diri.
Muhasabah itu penting. 
Membuatkan kita tahu apa kekurangan kita. 
Untuk diubah, untuk diperbaiki. 
Supaya dapat menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari insyaALLAH . :)


 Wassalam :)

You May Also Like

1 comments

  1. Allahuakbar ! Banyaknya kelemahan kite sebagai hambanya ini

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p