http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

KERANA SEBINGKAI SPECS MATA...

By 11:24:00 PM

Salam semua! Bismillahhhh..

Hari ni berlaku satu kisah tragis dalam hidup saya walaupun alhamdulillah the ending is happy ending..

Semuanya bermula dengan seorang pelajar yang bernama Sayidah a.k.a kakcik a.k.a mak jemah yang ngada-ngada tak nak simpan specs mata  lepas first class harini which is kelas kalkulus yang kebiasaannya , akan digantung pada leher baju kurung. Tapi dia ambil keputusan nak pegang je memandangkan lepas tu ada kelas statistik pulak. Then, masa tengah tunggu pintu dewan kuliah (DKS) dibuka, duduk la dekat kerusi dekat dengan dewan tu dengan kawan-kawan secoursemate. Beberapa minit kemudian, baru dapat tahu yang tempat belajar ditukar ke dewan kuliah 2 (DK2). So, kami pun cepat-cepat pergi ke lokasi tersebut.

Sampai je kat DK2, si sayidah ni baru sedar yang specs mata yang dia ingat dia pegang selama ni dah pun T.A.K.A.D.A! Hilang! Dissapeared! 

Whattt?! Dia pun mulalah rasa tak sedap hati. Usha depan takde. Belakang takde. Kanan takde. Kiri takde. Bawah takde.. Atas lagi la takde! Allahuakbar.. Sedih woh hilang specs kesayangan.

Masa kelas jangan cakaplah.. Si sayidah ni dah lah tak nampak apa kat skrin , duduk belakang pula tu. Lecturer foreigner cakap kat depan pun kurang faham. Dengan cuaca sejuk, hujan kat luar.. Mata pun dah sipi-sipi je nak tutup. Mulut pun dah banyak kali nguap. Tangan dah penat nak tutup mulut yang asyik menguap je. Bila dah kerap sangat menguap, mata pun berair la. Air mata menitis, Fuuhh! Hahaha.. Bila pandang kawan sebelah.. " Kakcik, janganlah sedih. ". Hahahaha. Sengih-sengih si kakcik tu. Mengantuk tahap gaban kot! Tapi ngantuk-ngantuk pun, hati sebenarnya tengah risau, sedih.. Specs kesanyangan takde. Rasa macam azab sangat. Tapi nasib baik tak lupa ucap -INNALILLAHIWAINNAILAIRAJIUN- Banyak kali. Pujuk hati. Allah kan ada berfirman MAKSUDNYA. Kalau kita ditimpa musibah, masalah.. Ucaplah INNALILLAHIWAINNAILAIRAJIUN.. Tanda hati kita redha dengan ujiannya.

Sayidah ni rancang la lepas kelas nak pergi cari balik. Sebab kuat hati mengatakan rasanya tertinggal dekat tempat duduk dekat ngn DKS tadi. Tak lupa jugak mesej dekat umi abi suruh doakan jumpa balik specs tu. 

Then, habis je kuliah.. Pergi la cari specs. Haaaa ni part terharu bangat deh! Terharu dapat kwan-kawan yang sangat baik . Sangat baik sebab sudi ramai-ramai temankan sayidah ni tolong carikan specs. Meredah hujan yang sangat lebat. Habis basah beg.. Kasut dah basah dek tenggelam dalam lopak air hujan. Huaaaa baiknya mereka. Tak mengeluh pun.. Semoga mereka diberkati ALLAH. Aminnn :)

So..what's happen at the end of the story? Rupa-rupanya betul lah tertinggal dekat tempat duduk tu. Alhamdulillah jumpa! Thank you Allah! Thank you friends! Thank you specs sebab duduk kat situ, tak pergi mana-mana! Hhehehe.

Dari kiri : Shiema, Fazlin, Wanie

Dari kiri atas : Sayidah(me) , Nabilah
Dari kiri bawah : Fatin, Zana, Nad, Fana, Salimah.

Nana.

Haaa tu le kawan-kawan saya yang baik hati teman saya di kala saya dalam kesusahan.
Love uollsss! Hehe.

Alhamdulillahhh. Bahagianya spec mata kesayangan tengah tertenggek kat atas hidung ni. :p

Nyte semua! Wassalam :)

You Might Also Like

5 comments

  1. alhamdulilah jumpa dan dapat kawan yang baik ...:)

    ReplyDelete
  2. wahhh, untungnye dapat kawan yang sangat baik :) untung jugak jumpa balik :P hehehe

    ReplyDelete
  3. ish2, tau la sy yg jdi camerawomen smpai pic sy pon xde..huhu :(

    ReplyDelete
  4. wah kak cik...terharunya....(*_*)
    luve u too....;-) semalam hari kak cik..mana tahu nnty hari kite org plak....

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.