http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

RAHSIA TULISAN TANGAN

By 1:25:00 AM

RAHSIA TULISAN TANGAN 

RAHSIA TULISAN TANGAN

Salam semua! Bismillahh..
Setiap hari kita menulis.
Setiap hari kita tengok orang menulis.
Setiap hari kita tengok tulisan.
Tapi pernah kah kita fikir apa rahsia di sebalik tulisan tangan itu?
Let's check it out !
Pertama : Tekanan ketika menulis

RAHSIA TULISAN TANGAN
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.

• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan



i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan



RAHSIA TULISAN TANGAN
i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan



RAHSIA TULISAN TANGAN
i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z


RAHSIA TULISAN TANGAN

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)



RAHSIA TULISAN TANGAN
i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Sumber : Dr Fadzilah Kamsah


RAHSIA TULISAN TANGAN

Setelah dianalisis....
SAYA PUNYE TULISAN TANGAN :

1) Tekan kuat apabila menulis
  • saya memang jenis yang kalau menulis memang kena tekan, baru puas hati haha. Kalau dalam peperiksaan pun, bila tulis essay then pergi ke muka surat belakang mesti berbekas. Terpaksa la ambik masa usap-usap sikit mukasurat yang berbekas tu supaya tak berbekas sangat
2) Tulisan tajam or sometimes leper sikit

3) Tulisan tegak
  • memang suka tulis tegak-tegak. Tapi kekadang ada condong gak. Tapi tak sure ke kanan atau ke kiri. Macam condong ke kanan je hehe. 
4) Suka tulis rapat-rapat

5) Ada ekor panjang dan sempurna pada ekor huruf J,G,Y,Z

6) Palang pada huruf kecil T(t) terletak kat tengah-tengah. 
  • tapi kekadang tinggi. So ada dua cara tulis palang pada huruf kecil T. Kekadang tengah-tengah, kekadang tinggi. Tapi tak rendah la. Sebab tak lawa hehhe.

Okayyy .. Kalau sudi, tulis la kat bahagian comment, awak-awak punya tulisan tangan pulak .
Sharing is caring.
Selamat malam semua!
Wassalam :)

You Might Also Like

12 comments

  1. hehehhe saya jenis tulisan x tetp :)


    jom baca saya pergi jemputan PRATONTON FILEM PADA SUATU CINTA DAHULU... :D

    ReplyDelete
  2. best sangat entry pasal nie.. Best2! Bnyak info bleh dpat.. Bgus2 coz sharing.. LIKE it! :D

    ReplyDelete
  3. nizam : dah baca entry tu :)

    puteri : terima kasih! ;)

    ReplyDelete
  4. wahhh bagusnya ..terima kasih entrynye

    ReplyDelete
  5. wah..bagusnye..leh baca personaliti seseorang
    follow sini jgk

    ReplyDelete
  6. menariklah entry ni..klu tulis tangan kiri pulak mcm mana hehe ^_^

    ReplyDelete
  7. wah... ada la sikit2 kesamaan ngan wadi hehehhe... tulisan tekan, condong kekanan huhu

    ReplyDelete
  8. kalau dalam drama tv, tulisan boleh dicam milik siapa

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.