BERUBAH MENJADI BAIK ADALAH HIPOKRIT? - sayidahnapisahdotcom BERUBAH MENJADI BAIK ADALAH HIPOKRIT?
LightBlog

BERUBAH MENJADI BAIK ADALAH HIPOKRIT?

Salam semua! Bismillahhh..

H.I.P.O.K.R.I.T


Pernah tak kita rasa yang kita ni hipokrit? Hipokrit dengan diri? Hipokrit dengan kawan-kawan? Hipokrit dengan orang sekeliling? Tapi apa sebenarnya definisi hipokrit dalam hidup kita? Sejauh mana sebenarnya ketepatan maksud hipokrit yang kita faham selama ni?

Hmm kenapa saya pilh tajuk hipokrit ni?

Ni sebab pagi tadi, before azan zohor, baca la buku terbaru Hilal Asyraf - KITA PENDOSA- Hah baca tajuk pun macam best kan? Dalam dia lagi best! Macam-macam ada. And yang pasti kena kat batang hidung sendiri bila baca artikel2 dalam buku ni.Tak mahal mana pung buku ni . Just RM18. Tak luak mana pun berbanding dengan ilmu yang ada dalam buku ni.

Main bukak je page mana2 tghari tadi. Tup-tup terbukak pasal HIPOKRIT.. Okeh bagi menggalakkan awak2 semua beli buku ni, ataupun pinjam dari kawan yang ada buku ni ke.. Saya tulis serba sedikit apa yang Hilal Asyraf tulis artikel about hipokrit ni.


HILAL ASYRAF:


Ada segelintir manusia berasa takut melakukan perubahan kepada kebaikan. Kadangkala, bukan kerana risaukan kutukan orang, tetapi diri kita sendiri turut mempersoalkan , tidak hipokritkah sekiranya aku berubah?
                 
Ayat-ayat racun seperti, “ Aku perlu menjadi diri sendiri” , menyebabkan jiwa kita menjadi lebih rosak.
               
 Hipokritkah kita sekiranya menjadi baik? Adakah dengan kebaikan, menyebabkan kita tidak menjadi diri sendiri? Siapa pula yang pandai membuat peraturan seperti ini?
                
Mengapa tidak mahu berubah? Mereka menjawab, “Tidak mahu menjadi hipokrit.” Dirinya suka semua yang Allah larang, suka merokok, suka ponteng kelas, suka mencarut, suka berpasangan, dan sebagainya. Sekiranya melakukan perubahan, mereka merasakan itu adalah sifat hipokrit. “Bukan diri kami,” katanya. Mana kita tahu sikap jahat, nakal , kurang sopan, dan tidak bagus itu adalah diri kita sebenar?
               
Siapakah diri kita yang sebbenar?
                
Saya sertakan satu hadith dan satu ayat Al-Quran. Rasulullah S.A.W. menyatakan yang bermaksud, “Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah. Ibu bapanya dan suasana pembesarannya yang menjadikannya sebagai seorang Yahudi, Nasrani, dan Majusi.” Hadith ini dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim.
                
Mengapa Rasulullah S.A.W. tidak menyatakan , “Ibu bapanya dan suasana pembesarannya yang menjadikannya Islam, Yahudi, Nasrani, dan Majusi?” Mengapa? Ini kerana bayi itu dilahirkan atas fitrah.
                
Fitrah = Islam. Islam = baik.
                
Oleh itu, siapakah yang berkata menjadi baik adalah hipokrit? Sebenarnya, menjadi jahat adalah hipokrit. Sifat jahat, nakal, dan segala perbuatan negative adalah bukan diri kita. Allah S.W.T menjelaskan dalam surah Al-A’raf, ayat 172 yg bermaksud:

“Ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam  drpd belakang mereka. Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri. Allah menerangkan, ‘Bukankah Aku ini Tuhan kamu?’ Mereka semua menjawab, ‘Benar, kami menjadi saksi mengakuinya..”

Sebelum kita dilahirkan lagi, fitrah kita adalah beriman. Fitrah kita adalah Islam . fitrah kita adalah taat kepada Allah . Adakah kita pernah mendengar kata-kata, “Bayi itu suci daripada segala dosa.” ?
               
Justeru, sekiranya kita mahu kembali kepada kebaikan dan bergerak  menjadi hamba-Nya yang taat, di manakah hipokritnya?
               
Apabila melihat sahabat menjadi baik, mereka tidak senang, berasa sempit dan gusar. Ini adalah penyakit kronik yang ada dalam masyarkat kita. Berikut adalah kata-kata yang biasanya keluar daripada mulut golongan ini.
                
“Tidak perlu menjadi baik. Lagipun, kamu sudah tidak mempunyai harapan bagi turut serta bersama golongan yang baik ini.”
                
“Kamu jangan tunjuk bagus sangat. Dunia belum terbalik lagi.”
               
“Kamu ini hipokrit. Sekiranya jahat, jahat juga. Mengapa perlu menjadi baik?”

Tidak mungkin menjadi seperti Malaikat.

Kepada yang mahu membuat perubahan, jangan berasa susah hati sekiranya ada masanya kita jatuh semula. Ini adalah resmi kehidupan manusia. Iman selalu turun dan naik. Tidak ada manusia yang baru menyedari kesalahannya ,terus menjadi baik seperti malaikat.
                
Tidak ada. Melainkan kita menonton situasi itu dalam drama dan novel-novel sahaja.Jangan diendahkann semua kritikan apabila kita mahukan perubahan pada diri sendiri. Kita hanya melemahkan kita, sekiranya dibandinkan dengan kasih saying Allah kepada semua manusia.
                
Apabila mahu berubah, jangan teragak-agak. Niat melakukan perubahan perlu jelas dan menuju hanya kepada Allah. Tidak berubah kerana perempuan, tidak berubah kerana kawan, dan tidak berubah kerana yang lain2. Berubah hanya kerana Allah S.W.T.
               
 Sekiranya satu dunia menyisihkan kita kerana perubahan kita, kita perlu tenang ,sabar, teguh dan tabah.
                
Bergeraklah terus kea rah perubahan. Insya Allah, Allah tidak sesekali mengecewakan para hamba-Nya yang mendekati-Nya.
                
Saya tutup artikel ini dengan surah penenang jiwa, Surah Asy-Syarh(1-8), yang bermaksud...

" Bukankah Kami sudah melapangkan dadamu? Kami meringankan bebanmu yang memberati tanggunganmu? Kami meninggikan sebutan namamu? Oleh itu, tetapkan kepercayaaanmu bahawa setiap kesukaran disertai kemudahan. Sekali lagi ditegaskan bahawa setiap kesukaran disertai kemudahan. Apabila engkau selesai daripada sesuatu amal soleh, justeru bersungguh-sungguhlah engkau berusaha mengerjakan amal soleh yang lain. Kepada Tuhanmu sahaja engkau memohon apa yang engkau gemar dan ingini. " 
               


THE END

Wassalam :)

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p