KENANGAN MEREDAH HUJAN

by - March 13, 2013
Salam semua!! Bismlillahhh..

Sejak dua menjak ni, pagi memang cuaca panas. Petang pulak hujan lebat. Petir, kilat lengkap dengan pakej semuanya. Alhamdulillah nikmat semua tu Tak baik merungut walaupun tak suka. Tanda kita kufur nikmat. Nauzubillah~~

Petang tadi ada kuliah pukul 2. Kelas advance calculus.
Okay masa tu tak hujan lagi. Fuuhh.. Selamat baju ku.
Lepas kelas tu, ada kelas statistic pulak. Haaa masa tu la timbul PROBLEMA!
Ada beberapa orang tak bawak payung*okeh terasa*.
Yang bawak payung pun beberapa kerat je.
Hujan makin lebat. Dentam-dentum kilat.*amboi background macam over je*

Hmmm macam mana ni?? Haisshh..
Okeh tak baik merungut!
Hujan tu tak salah. Tapi orang yang tak bawak payung tu yang salah.
Saya bukan sengaja pun tak nak bawak. Tapi payungku hilang! Uhuk2.
Kena beli yang baru nampaknya.
Masuk kali ni rasanya dah 10juta kali dah beli payung baru..
Nak dijadikan cerita. Kena la share2 payung. Memang sangat lebat masa tu.
Air pun dah makin naik. Tapi terpaksa kongsi jugak ngn kawan walaupun rasa serba salah.

Time redah tu.. Ya ALLAH.. Hanya Tuhan saja yang tahu azabnya.
Air dah fully masuk dalam kasut.
Stokin fully basah.
Most of my baju basah.
Tudung naseb baik sikit je basah.
Kawan sebelah pun kesian. Basah..

Sempat jugak usha kawan2 yang lain kat belakang.
Comel!
Tunggang-langgang semua. Ada yang lari-lari anak.
Seriously, kelakar.
Tapi bila dah sampai bilik, bila teringat balik moment2 tadi..
Rasa macam ..
Nak capture moment redah hujan tadi.. Nak potret kan moment tu.
Walaupun masa tu semua orang tengah kelam-kabut..
Tapi for me.. Lawa sangat moment tu. Sebab...
Semua.. Sedang.. Sharing is caring :)

Click!! Simpan dalam hati je. Hehehe.



Selamat malam semua! Wassalam :)



You May Also Like

6 comments

  1. itu kenangan terindah bersama rakan2 ..tak kira di kala hujan mahupon dek panas.. wahh seronoknya main hujan. dah lama tak main hujan :)

    ReplyDelete
  2. saya dah follow blog awak jom follow balik blog saya :]

    - admins blog 3 dalam 1 -
    - Segmen mega 300 Follower -

    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/01/segmen-mega-3000-follower-by-blog-3.html

    ReplyDelete
  3. @aku penghibur : kaaann memang indah. main hujan? hahaha

    @monyet rimau : dah lama follow :)

    ReplyDelete
  4. Best main ujan.demam pun xpe gak

    ReplyDelete
  5. teringat masa zaman sekolah dulu...hujan je kena buang kasut la...simpan dalam beg plastik..kalau dak nanti abis basah kuyup.

    ReplyDelete
  6. kalau ada org ambek gambar momen tu mmg best kan?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p