http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

TALKING ABOUT MY ANAK BUAH :)

By 11:17:00 PM

Salam semua! Bismillahh..

Let me introduce my tiga2 anak buah. Al-maklumlah baru spent time dengan mereka.  Bhagia rasa! :)

First anak buah : Iman Hazim Bin Kamal. 3tahun umur sekarang. Dah makin comel badannya.(ikut makcik dia.hehe ) Mulutnya tak reti nak berhenti cakap. Macam pak jemah. Tak reti jugak nak duduk diam. Even 2saat. Dengan kata lain, he is a hyperactive person! Kecuali kalau tengah leka main game. Baru la mulut dia tutup, badan statik tak bergerak. Sangat la peramah(ni ikut sape la ni.. hehehe).  Suka sangat sangat sangat kawan dengan orang. Tak kira la orang tu lelaki ke perempuan.  So, bila perangainya yang suka berkawan + peramah bergabung, meletup! Haha. Pernah dia tegur jiran sebelah yang memang dia tak kenal langsung. Iman tanya budak tu.. “Pergi mana tu? Mak kau mana?Ohh yeke..” Pastu, kalau dekat taman permainan, ada sekumpulan budak main bola, dia pergi la situ nak join jugak. Kalau duk tengah main gelongsor kat taman, iman tiba2 je start berbual dengan sorang budak perempuan ni yang turut main kat situ. Adooyy yang kita ni duk perhati gelak2 je tengok. Memang selamba betul la anak buah aku sorang ni.. Iman ni tak suka makan nasi. Kalau boleh dipujuk and dia makan nasi, kira daebak(amazing) la. Iman makan coklat, gula2, biskut coklat, kek coklat,pizza and of course la minum susu. Tu je lahh. Ayah and ibu nya dah puas paksa suruh makan nasi, tapi dia tak mau jugak. Pak2 and mak2 sedara dia pun letih dah pujuk. Pujukan atuk and wan dia memang macam angin lalu je la kan. Haha. Tapiii… Iman ni seorang abang yang baik. Dalam apa2 keadaan , adik dia diutamakan. Sentiasa beralah dengan adiknya. Tak marah pun kalau adiknya rampas handphone yang dia tengah main game. Ada jugak kekadang dia marah at first, tapi kalau dah pujuk suruh bagi adik dia dulu, dia pun angguk. Tak kisah. So sweet la hang,iman! Hehe..

Second anak buah : Nurul Fatihah Bin Kamal.  Umur dua tahun . Sangat comel. Ayu. Sopan-santun. Tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Erkk? Hehe. Fatihah ni jangan main2 dengan dia. Kalau dia nak,memang dia nak! Kalau tu dia memang dah pegang, kalau kita tarik, dia akan pegang kuat2 benda tu. Kalau kita Berjaya tarik, dah mula keluar muka berang. Pastu, siap pukul kita.(takde lah sakit mana pun). Berkali-kali dia pukul dengan geramnya. Haih yang aku pun, ada aku kisah? Lagi la rasa nak sakat dia. Hehhe.. saya kan makcik yang baik~~ (mata kat ats, tangan kat bahu). Dia tahu kalau dia buat salah. And siap usha kita lagi. Pastu, duk sengih2 la. Haha comel la tu bila sengih2 kat orang! Ingat kita cair dengan sengihan tak berapa nak innocent tu.. Hmm tapi memang cair pun. Hehe. Tapi.. kalau dia ambik something and tahu benda tu memang dia tak boleh pegang sbb berhargaaaa sangat such as.. Handphone,cermin mata, dompet,kamera, laptop, novel.. bila kita mintak baik2, dia akan bagi. Kalau dia tak bagi pun, paksa jugak bagi! Hehe. Fatihah ni seriously, kalau dah besar nnt mesti cantik. Kulit putih, senyuman menawan, suara comel, lemah lembut je,tak banyak sangat karenah. Tapi ni masa kecik la. Harap2 masa besar berkekalan la ye.  Hehe. Lagi satu, bila suruh dia cium kita, cepat aja cium(kalau tgh in good mood la). Pernah sekali tu, suruh dia cium. Terus dia ciummm.. Mulut saya! Ahaha. Adakah sebab saya tak menghalakan pipiku kat mulut dia and sebaliknya mulut , jadi dia terus cium mulutku? Haha. Tak kisah lah. Naseb baik hang perempuan and kecik lagi fatihah! Kalau tak…..(kepala ku bakal keluar tanduk.hehe). Haaa ni best! Kalau dia tengah in good mood, suruh je dia buat exactly apa yang muka kita buat ,dia akan buat. Kalau kita tengah muncung mulut,suruh dia buat,dia buat. Kalau kita sentum sampai nmpk gusi, dia pun akan senyum sampai nampak gusi. Time ni memang best! Hehe.



Third anak buah : Hamad Raef Bin Hasnul Hidayat. Umur baru je satu bulan. So, apa je yang nak diceritakan. Still baby loh. Suka tidur,menangis kalau nak susu and kekadang suka dodoi dengan dukung sampai dia tertidur. That’s all. Hehe.




Best ke ada anak buah ni? Haisshh lagi mahu tanya. Mahu tak best. Yelaa lagi2 saya ni anak bongsu, takde adik nak dimanjakan,disakat dan dibawa main(saya kan cam budak2 sikit.hehe). Best layan karenah mereka,celoteh mereka. Paling nikmat bila tengok mereka tidur. Comel je. Tenang je. Dengan tengok mereka tidur, hati tenang, bibir automatik senyum, tak jemu tengok. Itulah keajaiban budak kecik. Tapi, kekadang tengok mereka ni .. Which are anak yang dilahirkan sendiri oleh kakak first and kedua ku, tetiba ada rasa nak anak sendiri la pulak!! Hhehe. Tapi lek luu.. belajar pun baru je habis first year degree,baru nak masuk tahun kedua dah berangan nak kahwin. Hehe. Tu pun kalau sempat la.. Ajal,maut,jodoh semuanya di tangan Tuhan . Kita merancang, Dia juga merancang. Tapi perancangan Dia lagi hebat. :)

Sampai sini sahaja,
Wassalam :)

You Might Also Like

2 comments

  1. sweet la anak buah hg....hahaha....yg tu x turun mak cik dya...muahaha....kwn mak cik dya kowt na...hahaha...:-P

    ReplyDelete
  2. amboii hang wanie..kutuk aku+puji diri sndri..ketuk kang!hahaha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.