http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

HARI PERTAMA PUASA :)

By 11:55:00 PM


Ya Allah Tuhan kami, maafilah dan ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, nenek dan saudara-saudara kami, suami dan isteri kami, ahli rumah kami, guru-guru dan orang2 yang mengajar kami, orang2 yang kami ajari dan orang2 yang mustahak atas kami, orang yang mencintai dan berbuat baik kepada kami, orang2 yang memberi petunjuk dan orang2 yang kami beri petunjuk, orang2 yang kami beri wasiat dan orang2 yang mewasiati kami dengan doa, semua orang muslim dan mukmin lelaki dan perempaun, baik yang masih hidup mahupun yang sudah mati. AMINN 

Harini first hari berpuasa. Alhamdulillahh.. Sahur pagi tadi nasi goreng n mee goreng n ikan masin. Slurrpp sedap nyeww! Eh lupaa. Cucuq pisang goreng. Sempat lagi kan masak? Nasib baik ada anak umi yg baik tlg kejap kat dapur*sambil tunjuk diri sendiri* Hehhee..

Petang pulak, alhamdulillah diberi hidayah oleh Allah untuk tolong umi masak kat dapur. Hehe. Tapi yang special sikit petang ni. Saya lah potong ayam burung puyuh, saya lah potong bawang, saya lah goreng puyuh tu, saya lah masak sayur kubis bunga. Tapi umi jadi supervisor saya lah kat dapur tu. Tak expert lagi na. Mahu terbakar dapur tu kalau tak diperhati. Hhehe.

Saya ni bab goreng2 ni memang cuak sikit. Yela budak jarang kena minyak panas.. Kalau kena sikit minyak panas(percik dari kuali), terjerit2. Jarak antara saya dengan kuali tu jangan cakap lah. Jauh bebenau. Tapi still control ayu lah. Hehe. Umi tengok gelak2 je. Sampai ati umi taknak tolong! Mmbiarkan anak kesayanganmu ini terseksa di dapur.Hhehehe.

Tapi.. Memang sedap woh saya masak. Sampai tambah2 nasi semua orang. Hehehe. Alhamdulillahh..

Okeh esok hari kedua berpuasa. Jangan lupa niat puasa. Jangan lupa bangunn sahur kerana ada keberkatan di dalamnya!! Jangan lupa baca doa tidur satgi! Hehehe..

Wassalam :)

You Might Also Like

0 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.