LIEBSTER AWARD #3 - sayidahnapisahdotcom LIEBSTER AWARD #3
LightBlog

LIEBSTER AWARD #3



Syarat :
  1. Answer the questions.
  2. Nominate other bloggers.
  3. Create the questions.
  4. Notify your nominate.



Holah holahhh, liebster award datang lagiii~! *sambil lambai lambai*  Kali ni cik Sayidah ditag oleh cik Emma. Terima kasih tag saya awok. Rasa dihargai gituuww~ 
Soalan soalan cik Emma best okayy. Jom kita tengok apa soalannya dan apa jawapannn saya.


1. Apa azam 2015 awak ?

Saya nak jadi seorang yang lebih muslimah, lebih beriman, lebih membahagiakan kedua ibapa, lebih pandai, lebih banyak bersedekah, lebih comel, lebih cun. Okay akhir akhir tu dah mengarut hehe, Conclusionya, azam saya tahun 2015 ni nak jadi lebih dalam segala aspek yang membawa kepada kebaikan inshaaAllah amin :)

2. Adakah awak sokong budaya couple ? Jelaskan pendapat awak.

Saya tak sokong budaya couple tapi saya sokong budaya bercinta. Oh nak tahu penjelasaannya ? Sila klik SINI. Jeng jeng jenggg~ hehehe :p

3. Awak pilih cinta atau setia ? Sebab ?

Setia. Apa guna cinta tanpa setia kan? Cewahh~ tapi betul. Setia ni penting. Takmo curang curang. Pasangan menduakan cintanya aduh sakitnya tak terperi ha kan. kann. Nauzubillah. :)

4. Awak pilih wang atau cinta ? Sebab ?

C.I.N.T.A. Cinta! Wang boleh dicari. Cinta pun boleh dicari jugak tapi yang betul betul cinta sukar untuk dicari. Jadi kalau dah ada seseorang yang betul kita cinta atau dicintai, just grab it :) *dah macam pakar cinta dah pulak hahaha*

5. Boleh ke perempuan bersahabat baik dengan lelaki ?

Boleh aje. Tapi depends la niat lelaki dan perempuan tersebut. Kalau niat betul betul nak bersahabat, its okay. Tapi pergaulan pun kena mahu jaga lah. Jangan lah tepuk tampar cubit cubit manja alahai. Dah langgar syariat Islam daaa hehe. nauzubillah.

6. Awak suka shopping online ? Pernah tak ditipu  dan apa perasaan awak ?

Tak suka. Tapi dua kakak saya suka sangat hahaha. Tapi kalau suruh buat essay ttg kebaikan online shopping boleh laa. *pernah kot buat essay 5paraghraphs advantages of online shopping time jawab exam first year dulu hehe* Tapi tak berapa nak minat online shopping ni sebenarnya sebab takleh nak cuba and takde di depan mata hehe. Tak pernah beli online so sejarah ditipu tu takde lah alhamdulillah :D



Okay selesai sudahh~ hope you like it cik Emma :D


Saya nak bagi soalan pulakkk~ hehe ehem ehemm.

1. What do you think of my blog ? :p
2. Instrumen muzik mana satukah yang paling memikat hati anda ?
3. Pernah tak rasa anda tak berguna ? Bilakah dan sebab ?
4. Rancangan TV yang manakah paling anda suka dan sebab ?
5. Makanan favourite *tak kisah nak list berapa banyak*
6. Macam mana anda hilangkan stress anda ?
7. Jenis darah apa ?


Mangsa tag  yang bertuah  :  Cik Hainom, Cik Mimi, Cik Suria.  Jawab eh soalan saya :)

Wassalam :)

Post a Comment

5 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p