CARA BUAT RAYUAN BR1M 2015 - sayidahnapisahdotcom CARA BUAT RAYUAN BR1M 2015
LightBlog

CARA BUAT RAYUAN BR1M 2015

Cara buat rayuan BR1M 2015. Saya difahamkan terdapat lebih daripada 900,000 permohonan untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2015 telah ditolak oleh LHDN.

Pada tahun ini (2015), sebanyak 7.2 juta permohonan telah diterima untuk BR1M 2015, di mana 4.1 juta pemohon telah menerima RM950, manakala seramai 410,000 pemohon isi rumah menerima BR1M sebanyak RM750, dan RM350 telah diberikan kepada 2.7 juta pemohon daripada pemohon status bujang.

Walaupun terdapat lebih 900 ribu permohonan ditolak, pihak kerajaan bersedia untuk menimbang semula permohonan BR1M tersebut dengan syarat rayuan dikemukakan sebelum 31 Mac 2015. Cara-cara untuk membuat semakan - Cara Semak Status Terima BR1M 2015

Cara Buat Rayuan BR1M 2015

Cara Buat Rayuan BR1M 2015
Rayuan untuk BR1M 2015 boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:
  1. Muat turun borang rayuan BR1M yang disediakan di portal eBR1M (https://ebr1m.hasil.gov.my/).
  2. Pemohon perlu mengisi borang dengan lengkap dan kemukakan beberapa dokumen sokongan.
  3. Hantar borang permohonan lengkap terus ke pejabat atau cawangan LHDN berdekatan sebelum 31 Mac 2015.

Tiada rayuan BR1M 2015 secara online disediakan. Pemohon yang mahu membuat rayuan bantuan rakyat 1 Malaysia perlu mengemukakan secara terus menerusi pejabat LHDN, berserta beberapa dokumen sokongan dan maklumat diri.

Untuk mereka yang telah membuat permohonan tetapi masih lagi belum menerima bayaran selepas 15 Januari 2015, bayaran terus ke akaun bank akan mula dilakukan mulai 10 Mac 2015.

Antara sebab permohonan BR1M berjaya lambat masuk ke akaun bank penerima ialah - Maklumat tidak dikemaskini terutama maklumat berkaitan akaun bank dan juga waris.

Semoga berjaya, dan moga informasi ini bermanfaat. In Sha Allah. 


Sumber: Cara Buat Rayuan BR1M 2015 http://www.hasrulhassan.com/2015/03/cara-buat-rayuan-br1m-2015.html#ixzz3TVOxU5QD
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Post a Comment

6 Comments

  1. terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini...

    ReplyDelete
  2. terima aksih atas perkongsian. Mungkin berguna buat orang lain.

    ReplyDelete
  3. InshaaAllah, info ni sangat berguna untuk mereka yang mencari-cari cara untuk rayuan BRiM.

    ReplyDelete
  4. saya tak dapat sebab dapat baucer buku... huhuu... :(

    ReplyDelete
  5. Kak Sha tak boleh mohon BRiM pon :'(

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p