SINOPSIS SUAMI AKU USTAZ & FILEM SUAMI AKU USTAZ - sayidahnapisahdotcom SINOPSIS SUAMI AKU USTAZ & FILEM SUAMI AKU USTAZ
LightBlog

SINOPSIS SUAMI AKU USTAZ & FILEM SUAMI AKU USTAZ


Filem SUAMI AKU USTAZ  

Akan datang di Pawagam pada 14 Mei 2015


Ramai yang menunggu filem SUAMI AKU USTAZ, filem adaptasi novel terbitan Karyaseni. 


SINOPSIS SUAMI AKU USTAZ & FILEM SUAMI AKU USTAZ
sumber google

SINOPSIS SUAMI AKU USTAZ & FILEM SUAMI AKU USTAZ
sumber google

Filem terbitan Karyaseni Production Sdn Bhd



SINOPSIS SUAMI AKU USTAZ


Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


=============================================================

Saya dah pernah baca dah novel Suami Aku Ustaz dah haritu. 
Not bad lah ceritaa lah nya.
Tapi still lah ada tipikal novel Melayu. 
Mula mula kena kahwin paksa, kahwin awal. Lama lama berputik cinta gitu. And then ada konflik sikit. Then, happy endinggg haha.
Tipikal sangat novel Melayu. 
Tapi best jugak lah novel ni. Boleh layan ehehe.

Post a Comment

4 Comments

  1. hehehe...
    kebanyakan novel melayu cintan cintun mest kena kawin paksa...
    tapi nak wat macam mane... dah tu makanan pembaca...
    nanti kalau tak kena kawin paksa... cerita agaknya jadi kurang best... hehehe...

    ReplyDelete
  2. Hehehe ada lagi ya kisah camni ..hehehe

    ReplyDelete
  3. x mo citer banyak jom tengok wayang sama-sama he he he

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p