10 KELAB MYVI BAKAL BUAT LAPORAN POLIS AKIBAT TERANIAYA, FMC BURUKKAN NAMA - sayidahnapisahdotcom 10 KELAB MYVI BAKAL BUAT LAPORAN POLIS AKIBAT TERANIAYA, FMC BURUKKAN NAMA
LightBlog

10 KELAB MYVI BAKAL BUAT LAPORAN POLIS AKIBAT TERANIAYA, FMC BURUKKAN NAMA


SEPULUH Kelab Myvi akan membuat laporan polis ekoran rasa teraniaya akibat terpalit dengan kes berkaitan Kelab Familia Myvi (FMC) yang terlibat dengan kemalangan di lebuhraya Duke dua minggu lalu.


10 KELAB MYVI RASA TERANIAYA, FMC BURUKKAN NAMA
SUMBER: BULLETINMEDIA


Selain rasa teraniaya, laporan dibuat bagi menjelaskan bahawa FMC tidak ada kena mengena dengan Kelab Myvi 1Malaysia.
“Kami juga tidak berpuas hati dengan page Facebook palsu Familia Myvi Club Official dan Yana Myvi FMC Fans kerana menggunakan gambar ahli kelab Myvi lain yang tiada kena mengena dengan FMC di page tersebut,” ujar Presiden Gila Myvi Club (GMC) dikenali sebagai Afiq ketika dihubungi Mynewshub.


familia myvi club official
Page Facebook Familia Myvi Club Official



Ekoran itu, laporan polis bakal dibuat oleh sepuluh Presiden Kelab Myvi antaranya Destroyer Of Myvi Club (DOMC), Youngster Myvi Club (YMC), Myvi Generation CLub (MGT), Myvi Club Extreme (MYX), Active Myvi Club (AMC) dan Underdon Myvi Club (UMC) di Balai Polis Dang Wangi jam 11 pagi, Rabu ini.
Difahamkan, mengikut perancangan awal laporan polis akan dilakukan pada Isnin namun ditukar tarikh selepas diminta oleh keluarga mangsa nahas yang akan ikut serta ketika laporan dibuat.


Sumber : Mynewshub

Post a Comment

10 Comments

  1. isu myv tak berkesudahan lagi...
    Apapun semoga semuanya dapat diselesaikan dengan segera supaya nasup yg tak bersalah dapat dibela.

    ReplyDelete
  2. Kerana nila setitik, rosa susu sebelanga. haish.

    ReplyDelete
  3. Kesian pada pemandu2 lain yang x bersalah.. Kadang2 orang kita nie cepat jer bila bab2 macam nie...
    Bak kata kawan saya.. Yang salah adalah Pemandu bukannya Kereta MYVI tu...

    ReplyDelete
  4. MYVI bersatu hati...... jadilah MYVI kuasa 10

    ReplyDelete
  5. kesian diorang yang lain pon turut dikecam..come on laa rakyat malaysia..

    ReplyDelete
  6. budak kecik pon pandang serong kepada MyV kuning...apakah? ..

    ReplyDelete
  7. ingat dah abes isu myvi ni..ish ish ish

    ReplyDelete
  8. kerana nila setitik abis susu sebelanga...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p