CARA SEBUT HURUF JAWI TA DENGAN BETUL - sayidahnapisahdotcom CARA SEBUT HURUF JAWI TA DENGAN BETUL
LightBlog

CARA SEBUT HURUF JAWI TA DENGAN BETUL


Al-kisah hari tu pergi lah balik rumah. Umi cerita lah yang umi sekarang ni setiap isnin malam ada kelas tajwid di dewan berdekatan rumah.

Umi kata belajar banyak benda dari sana. Selama ni yang kita sangka kita sudah menyebut huruf-huruf dalam Al-Quran dengan betul, tetapi rupa-rupanya mungkin ada sebutan kita yang kurang tepat.

Umi menyuruh ku menyebut huruf TA. Aku pun cakap lah "TA" dengan yakinnya.

SEBUT HURUF JAWI TA DENGAN BETUL
TA


Tapi umi kata sebutan ku kurang tepat kerana lidah ku terkeluar sikit dari celah gigi.

Umi kata ustaz kelas tajwid tu kata sebutan huruf TA yang betul adalah lidah menyentuh gusi atas gigi dan gigi tertutup rapat. Jangan biarkan lidah keluar dari celah gigi ketika menyebutnya.

"Oh  yeke umi? Selama ni salah la ye kakcik sebut?"

"Tak mengapa. Yang dah lepas, kita tak tahu, dimaafkan. Yang sekarang ni dah tahu, kena lah amalkan."

Mula-mula nak betulkan cara sebutan huruf TA memang susah sebab dah biasa lidah keluar sikit daripada gigi. Bacaan Al-Quran dan Al-Fatihah ku mesti akan menjadi lambat sebentar apabila tiba huruf TA.Tapi lama-lama, ianya jadi secara semula jadi. Yang penting, mahu berubah dan usaha :)


Post a Comment

1 Comments

  1. 1 mei...hari ni cuti ! hehehe..syira singgah jenjalan sini :D

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p