"TANGKAP ORANG YANG LANGGAR AYAH SAYA" -anak perempuan Allahyarham Fairuz - sayidahnapisahdotcom "TANGKAP ORANG YANG LANGGAR AYAH SAYA" -anak perempuan Allahyarham Fairuz
LightBlog

"TANGKAP ORANG YANG LANGGAR AYAH SAYA" -anak perempuan Allahyarham Fairuz



"TANGKAP ORANG YANG LANGGAR AYAH SAYA" -anak perempuan Allahyarham Fairuz


Sedih dan sayu apabila kami mendengar permintaan anak sulung arwah Fairuz Nizam  mangsa kemalangan di Lebuhraya Duke iaitu adik Nur Firuza Amira. Adik Nur Firuza Amira meminta agar pihak berkuasa menangkap pesalah yang melanggar ibu bapanya dan juga adik bongsunya sehingga terkorban.


Permintaan adik Adik Nur Firuza Amira ini disampaikan kepada Menteri  Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau membuat kunjungan dan menziarah di rumah mangsa keluarga allahyaham Fairuz Nizam Husain hari ini




"TANGKAP ORANG YANG LANGGAR AYAH SAYA" -anak perempuan Allahyarham Fairuz



“Tangkap orang yang langgar ayah saya,”  pesanan yang disampaikan Nur Firuza Amira, 7, kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menziarah keluarga allahyaham Fairuz Nizam Husain hari ini.


Allahyaham Fairuz Nizam meninggalkan 2 anak perempuan iaitu Nur Firuza Amira, 7 dan adiknya Nur Firuza Aqila 4, dengan sekelip mata mereka berdua menjadi anak yatim piatu


Jenazah ketiga beranak itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Radhatul Sakinah, Gombak, semalam.


Kini mereka berdua di bawah jagaan adik bongsu allahyaham Fairuz Nizam Husain iaitu Faizznur. Faizznur Asyraf Husain, 25, yang dipanggilnya sebagai Papa Cu akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka berdua.


“Aqila memang sedih dah takde mama, papa dan adik tapi Papa Cu dah janji nak jaga kami berdua,” katanya memetik Harian Metro



"TANGKAP ORANG YANG LANGGAR AYAH SAYA" -anak perempuan Allahyarham Fairuz

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bertanya khabar kepada adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, (tengah) Sabtu lalu semasa hadir menziarah keluarga mangsa di Taman Batu Muda hari ini. 


- See more at: http://www.oomedianetwork.cc/2015/05/tangkap-orang-yang-langgar-ayah-saya.html#sthash.eyMLbNEI.dpuf



note-to-myself : hampir mentitiskan air mata ketika membaca artikel ini :'(

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p