http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

TERTEMBAK KETIKA SELFIE !!!!

By 4:48:00 PM


Pagi tadi, dapat satu message kat whatsap group MTM ni.

 Amir MTM : Utk kakcik(me)



Okay nampak tak kaitan di situ kenapa dia tujukan khas artikel ini kepada saya? 

Ye, mungkin ada yang dah tahu saya suka selfie.

Dan lagi satu fakta yang anda tak tahu.

Saya pernah dapat anugerah queen selfie terbaik. Kbai hahahha. Tu lah sebabnya, si amir ni tujukan artikel ni khas buat saya. Adoii.

Tapi kan tapii! Berita tertembak ketika selfie tu kisah benar tau. Terjadi di MOSCOW. Ingat nya si Amir ni main-main je. Nak pedajalkan eden. Rupa-rupanya betul.

Artikel penuh di bawah ini. (sumber : Harian Metro)

TERTEMBAK KETIKA SELFIE


Moscow: Seorang wanita kini tenat selepas tertembak dirinya ketika merakam selfie dengan pistol menggunakan telefon pintar.

Wanita itu menemui pistol berkenaan di pejabatnya selepas ia ditinggalkan seorang pengawal keselamatan.

Mangsa memutuskan untuk merakam gambarnya dengan pistol 9mm itu sambil sebelah tangannya lagi memegang telefon.

Dia dipercayai tertarik picu senjata itu ketika hendak merakam gambarnya, menyebabkan dia tertembak dirinya dari jarak dekat, lapor agensi berita Interfax.

Peluru itu menembusi pelipisnya dan dia dikejarkan ke Hospital Sklifosovsky di Moscow.

Doktor berkata, keadaannya amat tenat.

Seorang pengawal keselamatan meninggalkan pistol itu di pejabat berkenaan dua minggu lalu sebelum bercuti.

Pengawal itu berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya didapati bersalah atas tuduhan cuai. - Agensi


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53419#sthash.szQ4zL94.dpuf

p/s : Makanya, kalau nak selfie tu berhati-hatilah ye. Benda-benda bahaya seperti pistol sebenar janganlah dipandang enteng. Nanti kesannya seperti kat atas tu. Nauzubillah~ Tapi kalau pistol mainan, tembak pancut air tu, dipersilakan lah ye selfie. Hehehe.

That's all. Sekian :)

You Might Also Like

5 comments

  1. KC pun ati2 tau time selfie...

    ReplyDelete
  2. Aduh.ngerinya smp jd mcm tu sekali..

    ReplyDelete
  3. huhuhu..nasiblah bukan senang nak jmpa pistol kan..

    ReplyDelete
  4. wuttt?? eeerk aiyak..
    pada2 la selfi.. xpe amek selfi bnyk2 pun..
    jgn buat benda2 pelik je..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.