http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI - Tun M

By 8:16:00 AM

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI - Tun M


AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI - Tun M



Bangsa yang merdeka

Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual
Bangsa dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimipin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan yang tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhirku
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak, terhenti kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkanlah mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10,2015

notadiri: bila baca coretan Dr Mahathir ni rasa macamm.. apa lah yg Tun M tahu tapi kita tak tahu sehingga beliau berkata sedemikian rupa. Kia hanya mampu berdoa. Doa seperti di atas. Ya Allah lindunglilah bangsaku :') amin.



You Might Also Like

11 comments

  1. doakan Negara kita selamat. sedih!

    ReplyDelete
  2. sedih baca..byk sgt jasa beliau kt negara ni..tp sekarang ni mcm2 tuduhan org bg kt beliau..

    ReplyDelete
  3. Macam2 yang berlaku skrg ni..takut dgn pentadbiran negara yg semakin x menetu...semoga kita semua dilindungi oleh-NYA..amin..

    ReplyDelete
  4. sedeh baca luahan dr M. Lagi sedih dengan keadaan malaysia sekarang

    ReplyDelete
  5. Sedih...semoga Allah nelindungi Malaysia dan kita semua dari segala bala bencana

    ReplyDelete
  6. xtau nak kata apa....sedih memang sedih

    ReplyDelete
  7. Inshaa Allah selagi ada pemikir politik yang hebat seperti Tun M, moga ramai yang tersedar dan bijak mengambil tindakan di masa hadapan

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.