#Cabaran20Hari KUIH KEGEMARAN DI BULAN PUASA -kuih sagu meleleh - sayidahnapisahdotcom #Cabaran20Hari KUIH KEGEMARAN DI BULAN PUASA -kuih sagu meleleh
LightBlog

#Cabaran20Hari KUIH KEGEMARAN DI BULAN PUASA -kuih sagu meleleh

#Cabaran20Hari KUIH KEGEMARAN DI BULAN PUASA


Here we are. Poster baru bermula dengan hari ke-7, harini. No.7. Kuih kegemaran di bulan puasa. Dalam banyak-banyak kuih, kuih yang manakah menjadi pilihan hati anda? 


#Cabaran20Hari KUIH KEGEMARAN DI BULAN PUASA


Hidup saya mula dibelenggu oleh kuih kegemaran saya ni bermula dari dua tahun yang lepas. Semasa berbuka, tercongok kuih tu atas meja. Bila disentuh, rasa sejuk. Baru keluar dari peti ais memang la sejuk hehe. Lepastu belek belek belek belek kuih kegemaran saya tu. Dalam hati dah pelik. Aik, first time jumpa kuih ni. Tengok kakak menikmati kuih ni, aduhh meleleh air liur dibuatnya. Haih tak boleh ni. Tergugat nafsu den.
Pergi ambik sudu kat dapur. Buka penutup bekas kuih tu. Bismillah. Ambil sesudu masuk mulut. Huwaaaa!! Sedapnyaaa! Ambil lagi satu sudu. 1 saat kemudian, ambil lagi satu sudu. 1/2 saat kemudian, ambil lagi. Dan selepas itu, lagi dan lagi dan lagi sehingga lah licin bekas kuih tu. Gelojoh! Hahaha. Fuhh sodap den kato hingga menjilat sudu! #lawakhambar
Sejak dari haritu, tak pernah padam dari ingatan saya tentang rasa,tekstur dan kesedapan kuih ni. 



Taraaaaa~ namanya KUIH SAGU! Boleh didapati di bazaar-bazaar ramadan berdekatan anda. Kalau nak lagi afdhal, belanja saya untuk mendapatkan pahala puasa berlipat kali ganda hehehe.

Saya pernah buat entri pasal kuih sagu ni. Klik di SINI untuk membaca entri tersebut.

Mungkin ada orang tertanya-tanya macam mana cara membuatnya kan? Kebetulan, resipinya saya terjumpa di salah satu blog ahli EFG kesayangan saya, Kak Eny yang selalu menceriakan hari saya dengan ke-comel-an ke-typo-an beliau hehehe.
Bawah ni, ada gambar dan resipi yang saya ambil dari blog beliau - www.enyabdullah.com. Resipi dan gambar di bawah ini full credit to her. 
Sagu Santan





Sagu Santan





Resepi Sagu Santan Lemak Manis


Bahan-bahan :
1 mangkuk sagu - rendam selama 1 jam, kemudian toskan.
2 cawan gula pasir - atau lebih jika nak lagi manis
3-4 cawan air. Kalau pekat boleh tambah air
Pewarna hijau atau merah
Daun pandan disimpul

Cara-cara :
Didihkan pewarna, gula, air dan daun pandan sehingga gula larut, masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan likat. Tambah air jika sagu sangat pekat dan susah nak kacau. Kena kacau supaya tak melekat di periuk.
Masak sehingga hilang putih di tengah sagu. Tekstur sagu yang dah masa semasa masih panas agak cair sedikit.
Masukkan kedalam acuan atau bekas kecil-kecil. Sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam


Kuah Santan
Bahan-bahan
1 kotak santan KARA
1 tin susu sejat
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air
Daun Pandan disimpul

Cara-cara : 
Campur semua sekali dalam periuk dan didihkan sekejap sahaja sambil dikacau. kalau pekat boleh tambah air lagi. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Cara hidang : sendukkan atau keluar kan sagu yang sejuk dari acuan ke dalam mangkuk atau gelas, dan curah kuah santan diatasnya.


Sagu Santan







Post a Comment

4 Comments

  1. sedap giler sagu ni..kalau dayah buat, dayah kurangkan manis dia, sebab mak sdara dayah suka makan, tapi dia x bole makan manis2 sangat, thats why buat yang tak manis, bole la kasi dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar kuih x manis..aslkn pmkn kekal manis..ceyt!ahha...

      Delete
  2. sagu mata ikan pon sedaap!! kuih yang asas nya sagu semua sedapp lah pendek kata

    ReplyDelete
  3. mende ni kira kuih ea? apa definisi kuih ek? Adeyh...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p