http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

#Cabaran20Hari : APA ERTI PUASA PADA ANDA

By 11:52:00 PM


Assalamualaikum~!

Okay okay semuaaa~ Harini first daya bagi #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Apa benda #Cabaran20Hari ni? Nak tahu apekebenda la tuu, klik SINI for more info. So, alhamdulillah berpeluang untuk taip entry untuk menyahut cabaran yang 'mudah' ni. 


#Cabaran20Hari : APA ERTI PUASA PADA ANDA



The first one is.. APA ERTI PUASA PADA ANDA.

Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut, aku mengimbau kembali perbualan aku bersama si dia yang comel, anak buah kesayangan Iman Hazim(5 tahun).


Iman : Makcik makcik.. makcik puasa ke?

Me : Ye iman. Makcik puasa.

Iman : Ohhh. Iman puasa tak?

Me: Eh iman tak puasa lah. Tadi makcik nampak iman makan tadi. Haaa. 

Iman : Alaaa. Iman puasa laaaa :(

Me: Mana boleh puasa. Iman dah makan tadi. Makcik nampak. Takpe-takpe esok iman puasa ehh. Hehe

Iman : Makcikkk nii. Iman puasa laa :'(

Me : Lohh jangan lah sedih sayang uitt. Okay .. iman tahu tak apa maksud puasa tu? Puasa tuuu.. kita tak makan dari subuh hingggaaaa maghrib. Kita makan sebelum subuh. Dah azan maghrib baru kita boleh makan. Dari subuh hingga maghrib kita tak boleh makan.

Iman : Kenapa ramai puasa sekarang?

Me : Sebab sekarang bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan orang semuaaa puasa.

Iman : Kenapa semua puasa kat bulan Ramadhan?

Me : Sebab, Allah suruh. Allah suruh kita puasa di bulan Ramadhan. :)


Mulut kecil tu pun berhenti daripada bertanya. Mungkin dah puas hati dengan jawapan saya atau dia dah tak tahu nak tanya apa haha.

Bila sebut tentang P.U.A.S.A di bulan Ramadhan, serta merta fikiranku akan melayang mengingati beberapa perkara antaranyaa :

1) Sahur

Okay ni bestt! Sebab apa? Sebab makanan! Hahaha. Okay lah memandangkan cabaran untuk hari kedua ialah berkaitan dengan sahur, makanya esok lah saya cerita pasal sahur ni hehee. Boleh yeeee~ Okay seterusnya!

2) Sembahyang tarawih

Sembahyang tarawih bagi aku sangat best walaupun kekadang aku tersenguk-senguk jugak ketika sembahyang tarawih haha. Kalau sembahyang di masjid, surau atau dewan ramai-ramai, tersangat lah indah perasaan tu. Terasa macam bersatu-padu. Ada yang sebelum ni tak pernah-pernah nak jejak masjid/surau untuk solat di hari biasa tetapi tiba di bulan Ramadhan, nampak wajah nya menunaikan sembahyang tawarih di masjid. Itu lah keindahan bulan Ramdhan yang kekadang kita pandang seimbas lalu.

3) "sesungguhnya aku berpuasa"

" Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan diri dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor(lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah : Sesungguhnya aku berpuasa"

Ingat lagi dulu semasa sekolah. Kata paling famous sekali time puasa ialah : Sesungguhnya aku berpuasa. Yelah masa sekolah kan macam nakal sikit. Lepastu bila orang buat dajal kat kita ke.. kita kekonon laahh alim sikit.. "sabar.. sesungguhnya aku berpuasa" Tapi lepastu saya buat dajal balik muahahaha. Lepastu orang yang saya dajalkan tu pulak tak balas lah dan bajet alim nya berkata : "sesungguhnya aku berpuasa". Nampak la kan kesabaran tu bila sedang berpuasa kan. hehe.

4) Syaitan kena ikat

syaitan
credit : intanberlian87.blogspot.com

Haaaa ni memang semua suka. Sebab takde lah rasa takut nak pergi tandas sorang-sorang malam-malam. Sebab syaitan kena ikat. Hantu enggak ada. Hahaha. 

5) Mulut orang berpuasa lebih harum  daripada haruman kasturi

"Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ni pun famous dan sentiasa diperkatan pada setiap kali Ramdhan tiba. Saya pernah buat #lawakhambar sikit dengan kawan saya.

Me: Eh kau puasa tak?

A: Puasa hokeyhh.

Me: Ce hembus bau sikit. Nak bau. Nak bau lebih daripada haruman kasturi ke tak hehehe. #lawakhambar

6) Bazar Ramadhan

Okay lepas dah berpuasa setengah hari, pergi kuih-kuih sedap di Bazaar Ramdhan untuk makan time berbuka nanti perghhh~ sangat nikmat :D

Okay dah titik.


APA ERTI PUASA PADA ANDA



#Cabaran20Hari
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#BukanSembangKosong

You Might Also Like

6 comments

  1. kat sini mana leh buat #lawakhambar
    kat Kopitiam je leh buat #lawakhambar supaya kami leh "booooo KC..." ramai2... hahahahahaa... :p

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa..singgah bw here

    ReplyDelete
  3. KC puasa tak? hembus tengok..haha bau kasturi !!

    ReplyDelete
  4. sian dia KC cakap macam tu. nasib baik berjaya dipujuk. ish KC ni.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.