#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR YANG TAK MENCABAR - sayidahnapisahdotcom #Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR YANG TAK MENCABAR
LightBlog

#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR YANG TAK MENCABAR

 #Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR


Tudiaaaa #Cabaran20Hari dah masuk hari kedua-tajuk kedua : Pengalaman Sahur. Jadi, apakah pengalaman sahur anda yang anda hendak kongsikan ? Jika ada, jom sahut cabaran buat entri :D



#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR




Sahur dan saya berpisah tiada. Sebab apa? Sebab saya suka makan haha. Juadah sahur saya kalau kat rumah boleh disama taraf kan dengan juadah berbuka. Selera makan saya semasa sahur pun sama naik dengan selera makan saya semasa berbuka. Memang aku ni. Selera makan onnn aje. off sekejap je hehe. Alhamdulillahh.

Teringat masa kecil dulu, liat sungguh nak bangun. Tapi bila dah beso panjang ni, dah tahu apa yang ada di sebalik sahur tu, memang semangat nak bangun sahur. Lagi-lagi ada makanan sedap, memang semangat hahaa.



kelebihan-sahur
credit : truthhalal.my



Ingat lagi baru-baru ni bangun sahur kat kolej kediaman di UPM. Bangun dar tidur, nampak kat luar tingkap macam gelap lagi. Terus minum air. Dah minum air, baru terdetik nak tengok jam kat handphone. Tengok-tengok dah pukul 6! Adoiiii. Boleh pula aku syok minum tadiii. Ermm tak batal kan puasa kalau jadi kes macam tu? ermm ermm i is tak sengaja hehe.

Teringat jugak time sahur. Dah semangat nak sahur ni sebab dah beli nasi goreng cendawan pukul 2 pagi tadi. Bukak je bungkusan tu hidung dah kembang kepis sebab bau semacam. Hidung saya ni memang kuat sikit bab-bab hidu makanan basi ni. Lepas tu kekononn laa i is think positive, ohh mungkin ni bau cendawan dia kot sebab sebelum ni tak pernah lagi beli nasi goreng cendawan. Then, bismillah. Rasa nasi dengan tangan macam lekit-lekit. Err.. Adoiii sah niii! Dah basi. I is hampa. S.O.B.S.O.B

Ermm jap fikir lagi ada apa-apa pengalaman lain ke semasa sahur. Macam takde je haha. Sebab sahur semuanya berjalan lancar dan efisen kebiasaanya hehe. Jarang sangat tak sahur. Mesti bangun sahur. Lagi-lagi kalau kat rumah, memang dah kira wajib bangun sahur pukul 5 pagi. Tak pernah tinggal kecuali satu masa ni. 

Ingat lagi. Masa tu saya masih sekolah rendah lagi rasanya. Ada satu pagi tu semua bangun lambat. Macam dah nak dekat pukul 7 tak silap. Memang laa dah tak sempat. Hahaha. Saya rasa tu je lah first time tak sahur. Masa lain memang bangun sahur. Makan nasi. Makan kuew teow ke. Makan bihun ke. Kekadang tu memang meriah sangat time sahur. Gelak ketawa. Bergurau senda. Usik mengusik. Siap balas-balas kentut lagi hahaha.

Itu sahaja pengalaman sahur saya yang tak seberapa nak mencabar sangat ni haha. Sekian :)




#Cabaran20Hari
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#BukanSembangKosong



entri #Cabaran20Hari - 01 APA ERTI PUASA PADA ANDA : klik SINI

Post a Comment

7 Comments

  1. huhuhuhu sahur semuanya berjalan lancar hahahahaha...

    ReplyDelete
  2. Sahur sahur sahur ..kena la bersahur utk dapat tenaga

    ReplyDelete
  3. Kc... Bacalah tentang waktu imsak... tu kat blog bonde :

    http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-2-pengalaman-sahur.html

    ReplyDelete
  4. ........................................

    ReplyDelete
  5. Hihi.. tak btal sebab tak sengaja.

    P/s: dik logo keep calm tu de lambang salib..,

    ReplyDelete
  6. amboi kc, siap balas2 kentut hahahahahhahahahaha...

    kita banyak kali dah terbabas sahur. selalu sahur makan tamar je pun dah cukup.. kalo rasa nak berat, makan nasi goreng bagai hehe

    ReplyDelete
  7. Berselera sama macam anak2 akak.. hehehe..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p