http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

KUIH PALING SEDAP PERNAH KU RASA DI BULAN RAMADHAN

By 11:25:00 AM

KUIH PALING SEDAP DI BULAN RAMADHAN


Okay masing-masing punya citarasa berbeza. Masing-masing punya tastebud berbeza. Masing-masing punya kuih kegemaran yang berbeza. Masing-masing punya kuih paling sedap yang pernah kita rasai di bulan Ramadhan.

For me, kuih paling sedap di bulan Ramdhan ialah ......





KUIH SAGU!


Bukan kuih sagu yang macam yang biasa warna merah,hijau tu. Bukan yang salut kelapa tu Ni lain. Tak tahu nama sebenarnya apa. Tapi kuih ni ada sagu dalam dia. Toksah banyak cerita la kan, jom tengok gambar kuih ni.




Wah sedap kan sedap kan? Gambar ni bulan Ramdhan tahun lepas tangkap nya. Kuih sagu ni ada dijual kat bazar Ramadhan kat Seremban. 

Sedap ke tak sedap? Sedap bangat giloss!!! Lagi-lagi kalau tengah sejuk,kita simpan kan dia dalam peti ais, lepastu kita makan. Perghh memang sedap hingga menjilat sudu plastik tu haha.

So, ada sesiapa yang pernah jumpa kuih ni? Or ada sesiapa yang pernah rasa? Sedap kan kann?

Okay niat di hati bukan nak buat semua terliur di pagi bulan Ramadhan yang penuh berkah ini tetapiiii niat saya hanya satuuu. Hanya mahu berkongsi kuih yang sedap ni, kot-kot ada yang jumpa kat bazar Ramadhan ke, boleh la pergi beli. Atau yang tiada idea lagi nak beli kuih apa di Bazaar nanti dapat idea setelah tengok entri ini ehhee.

Selamat berpuasa semua! 

Jaga mata, jaga hati :)

Wassalam.

You Might Also Like

8 comments

  1. Sedapnya !! terliur hehehe. Salam Ramadhan!!

    ~ www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  2. memang best...sejuk je rasa bila dia lalu kat tekak..tak puasa pun akak selalu buat untuk anak2..

    ReplyDelete
  3. Nad suka kuih gula melaka warna hijau tu

    ReplyDelete
  4. Susah nak jumpa... Huhu... Tapi sy suka taufu fah bila bulan Ramadan..

    ReplyDelete
  5. kc..letak dalam peti ais,dah buka posa makan sejuk2..sedappp kannn

    ReplyDelete
  6. suka jugak kuih ni,tpi selama ni tak tahu nama dia

    ReplyDelete
  7. nak jugaqqq.. tapi x pernah nampak pon kat sini? huhu ~

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.