DURIAN 101 kuning berlemak sedap hingga menjilat jari

by - July 10, 2015

DURIAN 101 kuning berlemak sedap hingga menjilat jari


Tajuk dah macam nak buat karangan tu haha. Nasib baik tak tambah lagi panjang tulisan tu. Kalau tak, haru maru kanggaroo haha.


Durian 101




DURIAN 101 kuning berlemak sedap hingga menjilat jari



Tak tahu kenapa diberi nama durian 101, tak tahu asal-usul durian 101, tak tahu sejak bila nama durian ni ditubuhkan. Jadi, jangan tanya ye soalan-soalan tersebut hahaha. Kalau tanya jugak, senang je jawapan dia - buka kamus dewan bahasa dan pustaka ye #jawapanhambar. Kbai.

Al-kisah...


Kelmarin dan semalam mengadu kat umi abi. "Sedapnya durian. Nak durian". Nampak kat tepi jalan ramai benau orang jual durian. "Hmmm sedapnya durian. Nak nak nakkk!" Mengadu jugak kat kawan sama tempat praktikal. "Weh, belanja aku durian! Teringin ni!" Hahaha kejam tak kejam paksa kawan belanja. Tapi takde makna nya la dia nak beli kan.

Dan.. Petang tadi, abi balik dari melaka, abi beli durian 101 ni. Bahagianyaaa bila nampak durian kat tangan abi kat pintu rumahh! Rasa nak terkam je durian tu haha. Tapi kena ingat la kan, belum masuk waktu berbuka lagi ehem ehem :p 

Baiknya abi ingat anak bongsu abi yang mengidam durian ni. Ni sayang abi lebih ni. Semasa melahap durian kat dapur dengan umi abi....

Me : Terima kasih abi.

Umi : Sama-sama.

Abi sengih-sengih.

Ohh umi rupanya yang bagi duit suruh abi beli. Waduh waduhh terharu sangattt!

Me : Terima kasih umi abii hehehe.

Dan akhirnya, bila diingat-ingat balik, 1/2 daripada satu bijik durian tu saya melantak. Lagi setengah bahagian umi abi kongsi hahaha. Bukan apa. Umi tak boleh makan banyak sangat sebab umi kencing manis. Makanya, umi boleh makan sikit je hehhe. #ayatcoverline

Tips elak demam selepas makan banyak durian :

Durian kan antara buah-buahan yang panas selain tembikai. Jadi, kalau makan banyak sangat durian, boleh menyebabkan kita demam. Jadi, orang dulu-dulu kata.. tips nak elak demam selepas melantak durian ialah minum air dari dalam durian tu. 

DURIAN 101 kuning berlemak sedap hingga menjilat jari
credit : drdurian.tumblr.com

 Haa nampak tak dalam gambar tu yang warna putih tu. Bila dah makan durian, tuang air dalam ruang kosong tu, then minum. Hehe. Itu lah tips nya :)

Okay.. Kat sini sesiapa mengidam durian? Angkat tangan.

Haa sesiapa angkat tangan tu mintak la kat siapa-siapa suruh beli hahaha.


Sekiann  wassalam :D

You May Also Like

3 comments

  1. ya Allah! Musim durian ni ena tak sentuh lagi durian fresh, selalu makan makanan yang ada perisa durian... Tak sabar nak balik kampung

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p