HARGA MINYAK SEPTEMBER 2015 PETROL RON95 RON97 DIESEL - sayidahnapisahdotcom HARGA MINYAK SEPTEMBER 2015 PETROL RON95 RON97 DIESEL
LightBlog

HARGA MINYAK SEPTEMBER 2015 PETROL RON95 RON97 DIESEL

HARGA MINYAK SEPTEMBER 2015 PETROL RON95 RON97 DIESEL


HARGA MINYAK SEPTEMBER 2015 PETROL RON95 RON97 DIESEL



Hari terakhir setiap bulan kini sudah menjadi tarikh penting buat pengguna di mana pada tarikh itu masing-masing mahu mengetahui harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk bulan baharu

Untuk info, bermula bulan Julai yang lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada orang ramai (pengguna) seperti kebiasaannya.

Sebaliknya, KPDNKK akan memberitahu harga runcit baharu bulanan bagi RON95, RON97 dan Diesel hanya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia atau peruncit bermula tengah malam pada hari terakhir setiap bulan.

Sehubungan dengan itu, pengguna hanya akan mengetahui harga runcit petrol RON95, RON97 dan Diesel sama ada berubah atau tidak pada tengah malam, hari terakhir setiap bulan.

Dalam pada itu, ramai pihak mahu kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut untuk mengelakkan pengguna berada dalam keadaan tidak bersedia dengan berpendapat bahawa pengumuman awal seperti bulan-bulan sebelumnya membolehkan mereka merancang perbelanjaan bulanan mereka dengan lebih baik.

Untuk makluman bersama, MYsumber akan melengkapkan jadual harga minyak dibawah bagi bulan September apabila mendapat info harga rasmi pada hari terakhir 31 Ogos 2015, waktu malam


HARGA MINYAK SEPTEMBER 2015 PETROL RON95 RON97 DIESEL


  • Harga runcit bagi RON95 dan RON97 pada bulan September mengalami penurunan sebanyak 10 sen seliter berbanding bulan sebelumnya 
  • Harga runcit Diesel pada bulan September turun sebanyak 15 sen berbanding bulan sebelumnya

Pautan Sumber: mysumber.com

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p