LAGU & LIRIK TEMA HARI KEBANGSAAN 2015 #SEHATISEJIWA - sayidahnapisahdotcom LAGU & LIRIK TEMA HARI KEBANGSAAN 2015 #SEHATISEJIWA
LightBlog

LAGU & LIRIK TEMA HARI KEBANGSAAN 2015 #SEHATISEJIWA

LAGU & LIRIK TEMA HARI KEBANGSAAN 2015 #SEHATISEJIWA


                  


Jika tahun lepas, lagu "Malaysia.... di sini lahirnya sebuah cinta" dijadikan sebagai lagu tema Hari Kebangsaan. Tahun 2015, lagu Malaysia Sehati Sejiwa yang dinyanyikan oleh Alif Satar dipilih sebagai Lagu Tema Merdeka 2015. 

Sehati Sejiwa


Lagu ini dinyanyikan oleh Alif Satar (choir & penyanyi latar: Gemersik Chorus), lirik lagunya ditulis oleh Siso Kopratasa & Yuri Edris manakala Lagunya dicipta oleh Muhammad Yuri Edris.


Lagu ini menampilkan sedikit kelainan apabila di bahagian chorusnya dinyanyikan didalam bahasa Iban dan Kadazan.

Pada pendapat saya, adalah lebih bagus jika chorus itu ditambah juga dengan nyanyian didalam bahasa cina dan juga tamil. Nak lagi bagus, tambahlah juga nyanyian didalam bahasa-bahasa yang lain, mungkin boleh menambahkan semangat patriotik kalau lagu merdeka daripada bahasa masing-masing kot?

Pada tahun ini, tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada didalam menghadapi bencana serta musibah yang melanda negara. 

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai logo & tema Merdeka ke-58 yang dipaparkan didalam artikel saya, Logo & Tema Merdeka Malaysia 2015.

Lirik Lagu Tema Merdeka 2015: Sehati Sejiwa


Demi ……tanah yang bertuah 
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini 
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge 
Laut luas terbentang 
Bukan satu halangan 
Untuk kita bersama 
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza 
Budaya Agama 
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan 
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan 
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa

Read more: http://www.malaysiancoin.com/2015/08/sehatisejiwa-lirik-lagu-hari-kebangsaan.html#ixzz3kMLU6ea3 
Under Creative Commons License: Attribution

Post a Comment

2 Comments

  1. pada saya pula lebih elok jika tidak bercampur dengan bahasa india dan mandarin kerana tujuaannya utk menyatukan kaum dengan bahasa kebangsaan.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p