http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

STACY DIJANGKA BERI PENJELASAN STATUS AGAMA ESOK - BH

By 11:51:00 PM ,

STACY DIJANGKA BERI PENJELASAN STATUS AGAMA ESOK -berita harian


stacy-beri-penjelasan-status-agama




SEKEPING gambar yang memaparkan Stacy bertudung hitam di Ibu Pejabat Agama Islam Johor. 


KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai kesahihan berita kononnya penyanyi terkenal, Stacy, 25, sudah memeluk Islam bakal terjawab esok apabila majlis sidang media berhubung perkara itu dijadual diadakan di ibu pejabat ASTRO, Bukit Jalil. 

Ketua Bahagian Muzik & Bakat Astro, Prakash Swami Nathan, berkata penyanyi lagu I'm Not For Sale itu sendiri yang meminta agar sidang media berkenaan diadakan petang esok.

Difahamkan majlis sidang media itu diadakan bagi membolehkan artis kelahiran program realiti Akademi Fantasia berkenaan memberikan penjelasan berhubung khabar angin mengatakan dirinya kini sudah pun memeluk agama Islam. 

"Betul atau tidak cerita yang bertebaran di laman sosial itu, kita sama-sama tunggu jawapannya esok. Biarlah empunya diri yang memperjelaskan segala-galanya. "Kami sebagai pihak pengurusan sekadar memenuhi permintaan Stacy untuk mengadakan sidang media mengejut," katanya kepada BH Online. 

Hari ini, sekeping gambar yang memaparkan Stacy bertudung hitam di Ibu Pejabat Agama Islam Johor ditemani oleh ibu bapa Akim serta ibu penyanyi itu menimbulkan tanda tanya mengenai status agama artis wanita terbabit. 

Sejak beberapa tahun lalu, Stacy dan Akim dilaporkan mempunyai hubungan intim. Bagaimana pun, perbezaan agama antara kedua-duanya membuatkan kisah cinta mereka bagaikan sebuah teka teki. 

Terbaharu, pasangan selebriti ini dilihat mengenakan pakaian sedondon hijau ketika menyambut lebaran lalu. Keadaan itu menguatkan lagi andaian peminat hubungan yang terjalin antara mereka akan melangkah ke peringkat seterusnya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77019


Note : Dan ada juga dari website lain yang kata nama islam Stacy ialah Ummu Syaikhah Stacy Abdullah? Wallahu'alam. Kita tunggu empunya badan sahkan esok inshaaAllah. Jika benar, alhamdulillah. Bertambah saudara Islam :)


You Might Also Like

2 comments

  1. Semlm tgok video yg dia mengucap dua kalimah syahadah ...alhamdulillah ..semoga Ummu Syaikha Stacy Abdullah menjadi muslimah yg sejati..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.