http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

hari pertama sem tujuh !

By 6:03:00 PM ,

hari pertama sem tujuh !


hari pertama sem tujuh
sempat lagi update instagram sementara tunggu doktor zaid masuk kelas :p


Yezzah~! Helloo sem baru! Hello haiiii! *lambai-lambai comel* Heheee :p

Harini ada dua kelas. Kelas start pukul 10am sehingga 12tengahari di BT6 Jabatan Matematik. Kelas pertama-kelas Topolgy. Prof Adam ajar. Subjek topology ni senior ada kata senang nak pass tapi agak sukar untuk dapat A. Subjek topology ni under pure maths. Oh sebelum tu, meh nak terangkan sikit kos matematik ni.

Okay macam ni. Kami course mathematics ni ada dua cabang. Pure and applied. Asli dan gunaan. So, kami student maths kena pilih antara dua ni bila masuk final year. Nak pure atau applied. Dan mengikut cakap-cakap senior dan dengar khabar angin nya pure ni susah sebab banyak bermain dengan theorem, axiom dan fakta-fakta. Manakala, applied ni lebih kepada aplikasi. Menggunakan software matematik dalam menyelesaikan masalah matematik dan banyak kira-kira juga Memang ramai la takut nak ambil pure ni. Ramai ambil applied. Boleh kira berapa orang je pilih pure hahaha. Pure dan applied ni juga ada kaitan dengan final year project (FYP) -projek tahun akhir. Ada lecturer yang pure dan ada lecturer yang applied.

Kenapa saya ambil pure?

Mula-mula sekali memang keliru gila nak pilih pure atau applied. Saya ada dua pilihan -fikir jalan yang senang dan pilih applied-atau-jangan fikir kata orang lain dan pilih pure. 

Tapi sebenarnya saya suka nak ambil pure ni sebab pertama - saya suka sorang lecturer pure ni. Namanya Dr Hasana. Dia sangat peramah, periang dan sangat sporting. Kira kalau tertembung dengan beliau, saya tak segan silu la nak tegur. Daripada jauh pun kalau nampak beliau, boleh jerit-jerit lambai gituww~ hehe. So, disebabkan beliau lah, saya nak ambil pure. Saya nak buat FYP under beliau. Dan kedua nya, saya nak buktikan pada semua orang yang pure ni kita boleh skor. Saya nak hapuskan kata-kata bahawa pure ni sangat susah untuk dibawa.

Bagi saya, mana-mana subjek pun susah. Tak de subjek yang senang di dunia ni. Kan? Semua subjek boleh berjaya sekiranya ada usaha yang tak putus dan keazaman yang mantap. Tak kisah la kau bijak ke kurang bijak ke. Jika kena dengan usaha yang berterusan dan istiqamah, inshaaAllah boleh bawa subjek tu.

Okay tu lah sedikit penerangan tentang course mathematics in university. Hehehe.

overview subjek topology

Overview subjek Topology





Dan kelas kedua tadi adalah kelas ETIKA DAN NILAI DALAM PEMBANGUNAN. Dr Zaid ajar. Haa ni bukan subjek matematik ye. Ini ialah subjek elektif umum saya. Kena ambil tiga subjek untuk elektif umum dan saya pilih subjek Bahasa Jepun I, Alam Sekitar dan Manusia dan, Etika. Jepun dan alam sekitar saya dah ambil pada sem-sem lepas. Sem ini Etika. 

Kelas etika tadi aduhaii nasib baik lah saya minum nescaffe sarapan pagi tadi. So, rasa segar la semasa kelas. Kalau tak, dah sengguk-sengguk dah hahaha. Kelas dia, sorry to say, sangat boleh memanggil-manggil mengantuk untuk datang hahaha. Memang sedap dia cakap dan ada point tapi bila dudukkkkkk je dalam dua jam tu memang sangat ..arghh u know it. Saya nguap-nguap sampai mengalir-ngalir air mata haha. Lepastu kalau boring sangat main-main dengan kawan sebelah-sebelah-sebelah-sebelah-sebelah sekejap untuk hilang bosan. Banyak sebelah-sebelah tu sebab dorang pun bosan jugak haha.

overview subjek etika dan nilai

Overview subjek Etika




Hari selasa takde kelas yeay! :D

Okay daa~wish me luck for this sem! Wassalam :)


You Might Also Like

3 comments

  1. sebelah pakai spek tu rupa macam kawan nad..hehe

    ReplyDelete
  2. alahai rindu time study, dah final year enjoy je every moments k hihi
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.