I FAILED in some subjects in exam..... -Bill Gates

by - September 14, 2015

I FAILED in some subjects in exam..... -Bill Gates


I FAILED in some subjects in exam..... -Bill Gates


"I failed in some subjects in exam, but my friend PASSED in all. Now he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft." -Bill Gates

Meh saya translate quote di atas ni. Bill Gates - Saya pernah GAGAL dalam beberapa subjek peperiksaan, tapi kawan saya LULUS kesemuanya. Sekarang dia engineer Microsoft dan saya ialah pemilik Microsoft.

Haaa gitu. Quote ni lebih kepada motivasi. Kata hikmah dari Bill Gates ni bukan nak suruh kita gagal dalam ujian peperiksaan tetapi jangan berputus asa dan rendah diri jika GAGAL di dalam peperiksaan. Kerana kegagalan itu adalah satu batu loncatan untuk kita terus bersemangat untuk berjaya.

I FAILED in some subjects in exam..... -Bill Gates
credit : www.inspirably.com



Berapa banyak orang berjaya yang di dalam dunia ini yang bermula kejayaan nya dengan sebuah kegagalan. Malah bagi mereka, tiada istilah GAGAL dalam hidup mereka. Kerana mereka nampak harapan dan juga mengambil iktibar di setiap kegagalan yang mereka pernah lakukan. Tidak menganggap KEGAGALAN itu suatu yang menyusahkan, sebaliknya menjadi pendorong semangat untuk mencapai sebuah KEJAYAAN.

Begitu juga lah dalam dunia blogging. Mungkin kita pernah gagal sekarang atau kita tak nampak hasil daripada berblogging, tapi jangan jadikan ianya peluntur semangat untuk kita berblogging. Sebaliknya, kita terus berusaha untuk mencari setiap peluang yang ada dalam blogging ni untuk mencapai kejayaan atau impian yang kita impikan. 

Setiap blogger mesti ada impian untuk dicapai dalam dunia blogging ni kan. Sama ada untuk dikenali atau untuk menjana duit sampingan melalui blogging atau impian apa-apa sekalipun. Jangan mudah mengalah jika tak nampak hasilnya sekarang kerana sebuah kejayaan tiada manisnya jika tidak melalui sebuah kegagalan.

Okay harap nampak point yang saya cuba ketengahkan di sini ahahhaha. Okay daa~ wassalam :)


You May Also Like

2 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p