Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP17 September 2015 - sayidahnapisahdotcom Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP17 September 2015
LightBlog

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP17 September 2015

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP17 September 2015


Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP17 September 2015


DESKRIPSI TUGAS


Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP17 September 2015


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN


  • KELAYAKAN MINIMA ADALAH: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM936.00 ] dan
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
    • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA PERMOHONAN


Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah memohon secara online melalui PORTAL SPA di http://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp . 

Tetapi saya tengok pengumuman terkini di portal rasmi SPA, link borang permohonan online SPA8i yang di atas tu mengalami gangguan.
Pautan lain yang boleh dicapai untuk mengakses borang SPA8i adalah seperti berikut :

1. http://putra11.spa.gov.my/spa8new/login.jsp 

2. http://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Sekian :)

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p