http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

TRAUMA BOOKMARK BANYAK-BANYAK GIVEAWAY/SEGMEN

By 4:00:00 PM , ,

TRAUMA BOOKMARK BANYAK-BANYAK GIVEAWAY/SEGMEN

credit : graceandloveblog.wordpress.com



Pergh trauma trauma pulak ye cik sayidah ni. Yelaa trauma. Dah banyak kali terjadi tau. Bila tengok giveaway ni best, bookmark. Bila tengok segmen ni macam mudah je syaratnya, bookmark. Bila tengok pencarian bloglist ni macam bagus je kalau join, bookmark. Yelah sebab masa tu tak ada masa untuk nak follow like banyak-banyak tu, terpaksa la tangguh bookmark dulu. 

Lepas itu dah bookmark banyak-banyak, tak tahu mana satu nak join dulu. Kena tengok due date nya juga. Lepastu kekadang terlepas pandang kan. Tengok-tengok balik. Waduh waduhhh dah tak sempat nak join! Tengok-tengok semalam due date nya! Tengok-tengok balik waktu tengahari atau petang ingatkan nak join last day rupa-rupanya dia berakhir pagi last day tu. Waduh waduh. Sakitnya tuh di sini.

Ada lagi satu kes, lepas dah bookmark semua. Bila nak tengok balik yang di-bookmark tu, Boleh pula line internet semput sedutt time tu haih. Lomahhh badan dibuatnya haha.

Ada lagi satu tu. Ni jarang la berlaku tapi pernah berlaku. Rasa dah bookmark tapi bila tengok tak ada pun Grrrrr dalam huruf besar sangat tau! Hikhik.

Terbaru ni terlepas yang giveaway Mawar Sufi, TengkuButang dengan lagi satu apa entah lupa. Hadoi padahal dah bookmark tapi dia ke atas ke atas ke atas tak perasan. Dah habis due date baru perasan. Sabar jelah hati hahaa.

Lepas ni macam dah insaf sikit. Jangan tangguh-tangguh untuk join giveaway/segmen ke kan heheh.


You Might Also Like

6 comments

  1. Hehe..betul tu..xboleh bertangguh;)

    ReplyDelete
  2. akk pon sama, kalau nk join, join terus, buat terus.kalau tangguh2, gitu lah.

    ReplyDelete
  3. Jadikan satu pengajaran dan peringatan untuk masa akan datang..amin.

    ReplyDelete
  4. Tudiaaa sampai bookmark, bagus2.. ena kalau nak join, ena terus join.. malas nak tangguh2, nanti den ni cepat pelupa.. sobss

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.