http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun

By 8:52:00 PM , ,

10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun


10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun



10 sebab kenapa berat badan susah nak turun 


1. Minum air kuantiti gula yang tinggi

Contohnya : air bergas. Nasib baik lah saya jenis yang tak suka minum air bergas sangat. Tapi kekadang Pepsi sedap jugak hahaha.

2. Kurang tidur.

Haaaa saya rasa ni lah punca utama berat badan den susah nak turun. Sebab saya jenis tidur lewat dan bangun awal. Lepastu petang tidur. Memang saya tidur petang tu lama tapi sebenarnya tak sama kita tidur pada waktu malam dengan tidur di waktu petang. Haaa kan dah ceramah kat diri sendiri hahaha. Tapi memang susah la nak buang tabiat tidur lewat ni. Mungkin sebab saya student kot. Eh iyeke? Kawan lain ada je yang tidur awal hahaa. Okfoine alasan semata. Kbai.

3. Tidak bersarapan.

Sekarang ni memang saya cuba untuk bersarapan setiap pagi. Saya pernah baca pukul 10  pagi pun masih dianggap sarapan. Jadi, kalau terbangun lewat pukul 10 pagi tu jangan risau. Anda masih boleh bersarapan lagi. Heheheh.

4. Makan terlalu cepat.

Haaa ni pun den biasa buat. Saya jenis kunyah 2 saat lepastu telan hahaha. Alasan saya makan cepat kan sebab saya tak nak hilang rasa kenikmatan makanan tu kihkih. Tu yang makan cepat tu. Dah banyak kali juga dengar makan terlalu cepat tak elok untuk pencernaan sebenarnya. Tapi takpe den akan berubah. Den akan makan kurang sikit cepat dari biasa. Den berazam akan makan sambil tengok movie! Eh. Yela kan kalau tengok movie tak ada lah rasa nak makan cepat je kan kan kannn. 

5. Kurang minum air masak.

Okay ni saya tak. Saya memang kuat minum air masak. Orang kata 25kg=1 liter. Betul ke fakta ni? So saya kena la minum 2 liter lebih sekurang-kurang nyaaa sehari. Tettt kantoi berat badan aku berapaaaaaa *tutup muka*

6. Makan ketika stress.

Haaa ni saya terkecuali rasanya hahahaha. Makan ketika sedih ada lah muehehhee. Lain kan lain kan sedih dan stress ni kan :p

7. Pengambilan karbohidrat berlebihan.

Nasi nasi nasii dan nasi dan nasi. Haa tekak den tekak melayuuu. So,nasi dan saya tak boleh dipisah kan. hahaha. Tapi orang kata nak bakar balik karbohidrat tu dengan senaman atau minum air masak banyak-banyak. So, saya pun cuba la sekarang ni bersenam naik turun tangga atau kat rumah-treadmill atau rajin sikit pergi bukit ekspo-jogging. Minum air masak banyak-banyak tu memang dari dulu saya amalkan.

8. Makan dengan kuantiti yang banyak.

Ni tengok mood. Tapi biasa mood selera makan saya tak pernah mengecewakan. Berselera sokmo hahahaha. Kekadang kena tahan nafsu la juga. Tapi erm ermmm most of the time, melantak je hahahha. Kbai.

9. Malas bersenam.

Okay sekarang ni den dah berazam nak bersenam tiap hari hahaha. Atleast setengah jam setiap hari. Chaiyok!

10. Makan lewat malam.

Ni jarang den buat so alhamdulillah hehee.


Apa pula kata anda? 


You Might Also Like

4 comments

  1. hai kc.. PapaG tag kc dlm entri ni..

    http://www.papaglamz.com/2015/10/segmen-jom-tingkatkan-followers.html

    ReplyDelete
  2. sy buat semua tu..tp berat badan tak naik..hehe..mkin kurus pula adalah..

    ReplyDelete
  3. makan cepat . huwaaa. sat sat tgk dah abis nasi. saya juga berkawan baik dengan nasi

    ReplyDelete
  4. Disiplin dan semangat diri juga perlu kuat.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.