Bolehkah Orang Islam Sebut 'Oh My God' ? - sayidahnapisahdotcom Bolehkah Orang Islam Sebut 'Oh My God' ?
LightBlog

Bolehkah Orang Islam Sebut 'Oh My God' ?

Bolehkah Orang Islam Sebut 'Oh My God' ?


Bolehkah Orang Islam Sebut 'Oh My God' ?
credit to : www.clipartsheep.com

Soalan : Boleh ke orang Islam sebut 'Oh My God' ?


Jawapan : 'Oh' ni takpelah. 'My' ni saya. 'God' maknanya Tuhan. Boleh tak kata Oh Tuhan? Boleh la. Kalau orang putih takkan nak kata 'Oh Tuhanku'. Dorang kata 'Oh My God'. Sebab tu dalam terjemahan tafsir, dalam bahasa Inggeris, dia ada My God dengan My Lord. Setengah tafsir guna My Lord-Ya Tuhanku. Setengah tafsir guna My God. Masalah ini lama dah dijawab oleh ulama-ulama. Kalau tak silap zaman 80-an. 

Masalah 'Oh My God' tidak menjadi kesalahan. Kita kalau orang Islam kata 'Oh My God', maknanya Ya Allah Ya Tuhanku. Melainkan dia maksud 'Oh My God' ialah Jesus Christ. Barulah syirik ketika itu.

Sebab tu, orang Islam bila dia kata "oh panas hari ni, kering lah baju" tidak haram sebab dia tahu yang mengeringkan baju adalah Allah, bukan matahari. Tapi orang yang tak belajar aqidah, bahaya kata gitu. Takut ubat yang menyembuhkan, matahari yang mengeringkan. Jadi, kalau orang Islam kata 'Ya Tuhanku' maksudnya Allah. 

Macam Orang Jawa, dia tak kata Allah Taala. Tapi dia panggil Gusti Allah. Kita yang bodoh ni kata "eh tak baik tau kata Allah gusti. Gusti ni wrestling." Haaa tu bodoh. Gusti bahasa Jawa maksdnya Taala/Maha Tinggi. Gusti Allah maksudnya Allah Maha Tinggi. Boleh tak kita komen? Tak boleh lah sebab kita tak faham.

Jadi, kalau maksudnya 'Oh My God' -Ya Allah salah tak? Tak salah. Cuma, kalau kita saja kita nak nampak hebat menyerupai orang kafir, tak boleh. Kerana itu menyerupai sesuatu kaum. Orang kafir kan Oh My God bila tengok kereta hilang. Kita pun Oh My God, nampak kelas sikit sebab belajar kat California. Jadi, jangan lah gitu. 

Yang terbaik, yang tidak ada pertikaian.... ialah Ya Allah. Itu yang terbaik. :)


-dari Ceramah YouTUBE Ustaz Azhar Idrus.


Bolehkah Orang Islam Sebut 'Oh My God' ?
credit to : www.deviantart.com

Haaa dari dulu sebenarnya nak tahu persoalan ni. Dulu takut-takut nak cakap Oh My God. Sekarang ni dah tahu jawapannya, lega dah hehe. Tapi tu lah lagi senang dan takde pertikaian sebut je Ya Allah. Senang, habis cerita hahaha. Oh My Allah ke kan. Tapi nak sebut Oh My God pun boleh. Tapi tengok niat kita dan maksud semasa kita sebut Oh My God tu.

Okay lahh jom study! Jumaat paper Teori Nombor pulak hahhaa. Doakan titewww~~ :p

Daa~wassalam :)

Bolehkah Orang Islam Sebut 'Oh My God' ?
credit to : www.imageinfo.co.uk








Post a Comment

9 Comments

  1. Salam Maal Hijrah.
    Mulakannya hari ini, kerana yang pasti milik kita hanya hari ini hari esok belum tentu.

    Terima kasih ats info dan pencerahan

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah.
    Mulakannya hari ini, kerana yang pasti milik kita hanya hari ini hari esok belum tentu.

    Terima kasih ats info dan pencerahan

    ReplyDelete
  3. Nak lebih selamat Ya Allah...clean dan lurus terus...

    ReplyDelete
  4. Duduk dekat sini memang asyik nak sebut OMG je.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p