http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Kenapa saya kerap mimpi saya berlari?

By 11:40:00 PM

kenapa saya kerap mimpi saya berlari?


Assalamualaikum semua!

kenapa saya kerap mimpi saya berlari?


Sebelum tidur, jom kita story story sikit jom. Dah tengok tajuk belum? Haaa itulah persoalan saya pada kali ini. Kenapaa saya kerap sangat bermimpi saya berlari-lari dengan laju, ringan dan bebasnya.


Serius banyak kali. Tapi dalam situasi dan keadaan yang berbeza lah. Ada satu tu saya lari macam dekat tepi swimming pool. Ada satu tu macam dekat taman tasik,macam tengah jogging.

Saya masa lari tu rasa macam best je. Sebab lari dengan tiada halangan. Rasa ringan je badan nak lari (walhal dengan badan sekarang ni mesti rasa agak berat,banyak lemak haha). Rasa tak penat pun lari laju-laju. 

Banyak kali bermimpi saya tengah lari dan bila sedar dari mimpi tu, saya boleh ingat. Kan kita kekadang jarang ingat mimpi kita setelah sedar dari tidur kan. Tapi kebanyakan mimpi saya berlari, saya boleh ingat. Dan lepas itu, saya termangu. Sekali dua mimpi berlari tak heran sangat, tapi bila dah agak banyak kali buat kan saya tertanya-tanya lah jugak kan.


Feeling bestnya lari dalam mimpi tu sampai saya sanggup beli kasut sukan sebab nak jogging. Tapi dari haritu beli, tak jogging pun lagi. Bawak keluar bersiar-siar je hahaha.

Tapi takdelah setiap hari mimpi berlari je. Kang penat pulak den lari je hahaa. Cuma agak kerap la.

And i dont know why.

Dan mungkin itu hanya mainan tidur sahaja kan. 

Mungkin dan mungkin dan mungkin. Segala kemungkinan boleh difikirkan. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya.

Okay lahh. Tak berapa nak sihat ni. Den tidur dulu. Goodnite. Wassalam :)



You Might Also Like

6 comments

  1. Haha.. Haaa, die nak surh kc jogging laa tu..

    ReplyDelete
  2. comelje mimpi lari2 byk2 kali pastu real life pi beli kasut jogging plak..hehehe
    semoga baik2 je sayidah :)

    ReplyDelete
  3. petanda apakah itu?? nak suruh masuk acara larian kah??
    eceli fifie dlu2 slalu gak mimpi lari lari ni.. bangun2 jek tertanya2 wah npe penat sgt ni., oh aku mimpi lari lew... klu blh kurus mimpi lari2 ni kan best! hmm xtau le npe.. hihi... pk y gud gud aje lah kan dear..

    ReplyDelete
  4. Ada orang cakap mimpi tu adalah mainan tidur tapi kadang kita rasa mimpi tu macam betula jak kan...apa² pun semoga apa yang adik mimpi tu adalah satu petanda yang baik²...

    ReplyDelete
  5. untuk pengetahuan sayidah, cik en dulu kerap bermimpi berlari lari.. tapi dalam keadaan bogel. cik en mampu berlari keliling dunia dan tidak letih langsung.. Banyak kali juga tau.. tapi skrg dah xde.. mimpi mengandung dan bersalin pulak.. hahahaha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.