Sinopsis Dan Para Pelakon Akulah Balqis - sayidahnapisahdotcom Sinopsis Dan Para Pelakon Akulah Balqis
LightBlog

Sinopsis Dan Para Pelakon Akulah Balqis

Sinopsis Dan Para Pelakon Akulah Balqis


Sinopsis Akulah Balqis


Mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup.

Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafrel) dan Seri (Nabila Huda) sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah.

Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah setelah mereka tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperolehi Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan.

Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang seringkali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis.

Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Tiba-tiba, satu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis dari ditemui oleh ibu bapa kandungnya.

Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana? 


Para Pelakon Akulah Balqis


Pelakon Utama Akulah Balqis


Puteri Balqis membawa watak sebagai Balqis
Aeril Zafrel membawa watak sebagai Yamin
Nabila Huda membawa watak sebagai Seri

Nazim Othman dan Nadian Brian dalam Akulah Balqis


Nazim Othman membawa watak sebagai Adi
Nadian Brian membawa watak sebagai Milda

 Bella Dally dan Balkisyh Semundur Khan dalam Akulah Balqis


info sinopsis dan gambar credit to : infotaip.blogspot.com


Macam best kan drama Akulah Balqis ni? Para pelakon yang hebat dan lakonan mantap pastinya menambahkan lagi ke-sedap-an dan ke-bagus-an Akulah Balqis ni. Ditambah lagi, drama Akulah Balqis ini adalah drama terbaru karya seorang pelakon yang hebat, Erma Fatima. 

Teringin juga nak tengok drama Akulah Balqis ni. Tunggu kawan download lah nampaknya haha. Yela nak tengok kat TV3 memang tak mampu la sebab duduk di asrama. Takde TV kat asrama ni. Makanya, mampu tengok Akulah Balqis ni dalam laptop je la.

Bagi yang ada TV tu, senang lah. Setiap Isnin-Khamis jam 7.02 malam boleh tengok Akulah Balqis ni di TV3.

Semoga drama Akulah Balqis ni memberi pengajaran yang bermanfaat kepada kita semua :)



Post a Comment

2 Comments

  1. ni cerita berdasarkan novel ke ? tak kan?

    ReplyDelete
  2. Macam sedih je cerita Balqis ni. Kesian budak kecik dah hidup merempat di jalanan. Nasib baik ada org tolong.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p