http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Sinopsis dan Pelakon Drama Tuan Anas Mikael

By 11:19:00 PM , ,

Sinopsis dan Pelakon Drama Tuan Anas Mikael

Sekarang ramai betul yang tonton Drama Tuan Anas Mikael ni. Di facebook dan laman sosial yang lain sibuk dan meriah perkatakan tentang Tuan Anas Mikael ni. Tengok juga haritu sekejap di Astro Ria drama Tuan Anas Mikael ni, boleh tahan juga kelakar dia. Alaahh, mula-mula ni boleh la gelak-gelak sweet lagi sebab tiada konflik sangat. Nanti dah lama-lama ada konflik mula lah, sila sediakan tisu dan kawal perasaan marah anda hehe.


tuan anas mikael

DRAMA TUAN ANAS MIKAEL ASTRO RIA ISNIN-KHAMIS 10MALAM
drama tuan anas mikael



SINOPSIS TUAN ANAS MIKAEL


Mengisahkan Ayu Maisarah yang mengantikan ibunya, Cik Su sebagai tukang cuci di rumah Tuan Anas Mikael. Satu insiden di mana Ayu Maisarah tersalah cuci tangga menyebabkan Tuan Anas Mikael jatuh membuatkan Ayu Maisarah terpaksa menjadi tukang cuci kepada Tuan Anas Mikael.

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa. Dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya. Ayu Maisarah menjalani semua latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas didepan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra.

PELAKON DRAMA TUAN ANAS MIKAEL


Hero dan Heroin drama Tuan Anas Mikael

Tuan Anas Mikael(Aaron Aziz) & Ayu Maisarah(Zara Zya)

hero heroin tuan anas mikael

hero heroin tuan anas mikael



Safra Ariana(Raja Ilya) watak jahat dalam ni.
raja ilya tuan anas mikael


Barisan Pelakon Drama Tuan Anas Mikael

barisan Pelakon Drama Tuan Anas Mikael

barisan Pelakon Drama Tuan Anas Mikael

chef wan tuan anas mikael

pasangan kekasih Drama Tuan Anas Mikael

barisan Pelakon Drama Tuan Anas Mikael

Siapa yang layan drama Tuan Anas Mikael ni? Mesti ramai kan layan hehe. Saya suka heroin dia. Slumber dan manis bertudung :D Novel Tuan Anas Mikael ni macam dah baca tapi tak ingat bila bacanya. Yela banyak sangat baca novel sampai tak ingat dah mana satu haha. 


sumber sinopsis dan gambar : infotaip.blogspot.com


You Might Also Like

5 comments

  1. Baru tengok baru2 ni..Best! sebab kelakar..hihi

    ReplyDelete
  2. mula tgk ep1 tu cam tak best bila masuk ep2 dah mula melekat

    ReplyDelete
  3. best cerita ni! memang ditunggu-tunggu

    ReplyDelete
  4. yeayyyy..i follow citer ni..
    xpenah2 tau..sanggup tggu spi kul 10..slalu dh belayar dlm mimpi dh..hihi
    citer ni mmg best gilakkk..
    kelakorrr

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.