http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

hati masih terluka, bagaimana mahu maafkan dia?

By 12:41:00 AM

Macam mana kalau kawan baik kita tunang tapi kita tidak diberitahu oleh dia? Okay lah bukan kawan baik tapi kawan rapat.

Dah lah kawan rapat kita tunang, dia tak bagitahu. Lepas tu kita dapat tahu pun berita pertunangan dia daripada Facebook dan daripada orang lain. Lagi sakit hati bila kita ucap tahniah dekat gambar tunang dia(kekonon tak tacing padahal dalam hati rasa nak nanges dah), dia boleh je reply kat situ " terima kasih sayidah". Dia tak rasa bersalah pun or kata "eh mintak maaf sayidah tak jemput" or sewaktu dengannya lah. 

What the weh! Sedih gilos. Kecewa. Feeling betrayed.

Feel like i'm nothing to her walhal i feel like i'm a very close person to her.

Benda tu dah agak lama berlaku. Tapi tak tahu lah. Hati rasa masih sakit. Mungkin masih belum cukup dipujuk oleh dia. 

Bila aku message beritahu ketidakpuashatian aku sebab dia tak jemput pertunangan dia, dia tak ada pun nak buat karangan atau beri 1000 alasan sebab apa tak jemput aku atau pujuk aku atau so-whateva. Dia just reply beberapa ayat je. It is sooooooooo... hertbreaking laaaa.

Aku tahu reason dia rahsiakan pertunangan dia. Aku tahu pertunangan dia tu buat dalam waktu yang singkat. Tapi masalahnya aku tahu daripada orang lain. Dia tak ada pun inisiatif nak beritahu aku. Sempat lagi dia upload gambar pertunangan dia banyak-banyak kat facebok.

Aku tahu its just tunang je. Bukan kahwin lagi. Tapii..tapi.. aku anggap dia kawan rapat aku. 


Atau.. aku bukan siapa siapa pun pada dia?

Sampai sekarang aku masih belajar untuk memaafkan dia. Terus terang, aku nangis. Aku nangis sebab benda ni. Sebab aku jenis yang sangat sayangkan dan pentingkan kawan-kawan baik&rapat aku. Dan bila kawan rapat aku buat macam tu.


Aku
Rasa
Sangat
Sedih
Dan
Kecewa.


Aku pernah nangis depan umi abi sebab benda ni. Sebab mereka tahu aku rapat dengan dia. Dia pernah datang rumah. Memasak sama dengan umi dulu-dulu. Sebab tu aku kata kami kawan rapat.

Umi nasihatkan "maafkan lah dia kakcik. Memang susah nak maafkan. Umi banyak kali kena macam kakcik. Tapi once kita dah maafkan orang tu, hati kita akan rasa lega."

Abi nasihat "takpelah. Slow-slow maafkan dia."

Kawan rapat aku lagi seorang nasihat "maafkan lah dia sayidah. Perlahan lahan maafkan dia."


Hati masih sakit. What should I do? 


You Might Also Like

6 comments

  1. just let it go kc.. akk pun byk kli disakiti.. bila kita senang semua nak rapat,bila susah semua lari dari kita.and the worse thing, dpn baik.. belakang mengutuk.. kecewa mmg kecewa,tpi akk xnk bersedih utk org yang x menghargai.i donnt need them.

    ReplyDelete
  2. Mungkin dia ada sebab tak nak bagi tahuu kot. Positif aje lah, ikut cakap abi tuu :D

    Kalau akak tunang nanti tak bagitahuu nak marah jugak k? Hehehe. Gurau k gurau :P

    ReplyDelete
  3. salam saya pernah je rasa maccam ni , terasa sangat! tapi betul la bila kita pilih nak lupakan dan bersangka baik, hati kita akan tenang, sokong dgn kata kata umi sayidah tu

    ReplyDelete
  4. kak ain faham perasaan tu sebab kak ain pun pernah kena dengan "kawan rapat" tapi bukan sebab bertunang. Dia pregnant tapi tak share dgn akak pun.. tahu2 dah masuk 7 bulan, itu pun akak tahu melalui fb dia...

    sedih kan.. :(

    padahal sebelum tu kami sama2 share everything bab nak pregnant ni.. sebab masa tu kami sama2 dah 4 tahun kahwin tapi belum pregnant. Bila dia akhirnya berjaya pregnant, sampai hati tak share dgn akak. Sampai sekarang akak tak pernah tanya kenapa dan hubungan kami pun semakin renggang.

    dia sibuk dgn anak dia kan.. mana nak ingat akak ni lagi..
    time sedih sama2, time happy dia lupa akak.. :(

    tapi takpe lah KC.. lupakan je.. masing2 ada dunia dan kehidupan masing2 kan. kita pun ada kegembiraan dan kebahagiaan kita sendiri. nikmati apa yg kita sedang lalui sekarang. orang yg tak ingat kat kita, tak pedulikan kita, kita abaikan je..... move foward ok..

    cayanggggggggg KC... :)

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang, si bakal pengantin tak sempat nak ingat semua. Tak semua dijemput. Macam Sha. Sha bertunang pun orang ramai tak tahu. Yang tahu hanyalah saudara terdekat dan orang kampung.

    Bila dah nak kenduri baru Sha bagitau semua orang. Semua terkejut.

    Bukan nak sorok ke apa. Tapi kalau bertunang tu, eloklah disorokkan. perkahwinan barulah diwar-warkan.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.