http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

study week dah start dah!

By 8:03:00 PM ,

study week dah start dah!


study week dah start dah!


Harini secara official nya dah start study week selama seminggu lebih sikit! Gituuww~ Soooo, kalau blog berhabuk, kalau blog berupdate pun asyik-asyik giveaway atau infooooo aje maafkan saya ye hehe. Den study week ni cuba cuba la juga nak tunjuk kerajinan nak study hahaha.

Well, saya suka study week kat rumah. Sekarang ni pun saya berada di rumah. Saya tak pernah study week dekat kolej. Sepanjang hampir saya empat tahun di UPM, saya tak pernah sekali pun study week dekat UPM. Mesti study week dekat rumah. Nak menjelang study week je abi akan ambil saya balik rumah. Saya akan study week di rumah sehingga sehari sebelum final exam bermula, baru saya jejak balik di UPM. Kawan-kawan saya pun dah tahu perangai saya yang satu ni. 

Kenapa saya suka study week dekat rumah? Pertama-tamanya of course lah sebab ada umi abi. Well, anak manja umi abi macam ni lah gayanya hahaha. Duk melekat bawah ketiak umi abi. Tak jumpa seminggu saya dah homesick :P Kedua, sebab senang. Makan minum senang. Basuh kain senang. Study pun lebih senang sebab saya jenis yang suka study sensorang. Saya lebih prefer study sorang-sorang berbanding study group. Yela bukan apa. Saya ni jenis yang suka ber-jemah (jemah=pok pek pok pek berborak). So, bayangkan kalau study group dengan kawan yang sejenis JEMAH jugak, memang tak study lah saya haha. Tapi tu saya lah. Lain orang, lain cara belajarnya.

Dan saya juga jenis yang study kena ada mood dulu. Mungkin ada sesetengah orang yang suka study week dekat kolej sebab persekitaran dekat kolej lebih beri semangat kat dia untukk study kan, tapi saya bukan jenis macam tu. Tak kisah la dekat kolej atau kat rumah ke, mood belajar itu perlu ada dulu baru saya study hahaha. Saya perasan jugak mood study tu akan datang bila saya lagha(lagha=membuat perbuatan sia sia such as menonton movie, baca novel) dengan jangka masa yang panjang.

Contohnya, khamis lepas sehingga hari Ahad memang saya tak sentuh buku langsung sebab tolong kemas rumah semua, jaga anak buah, adik beradik ramai datang, tengok cerita Running Man, baca novel sikit, berborak dengan adik beradik. So, hari Isnin harini saya fikir eh aku dah banyak sangat lagha ni, aku kena start study. Haa macam tu gaya saya.

Lagi satu, saya suka study week di rumah sebab saya tak suka diganggu ketika study. Kalau kat kolej kan kemungkinan untuk ditanya oleh kawan-kawan dengan persoalan-persoalan subjek lebih besar berbanding di rumah. Jangan salah faham ye. Saya bukan tak suka. Dan saya bukanlah kedekut ilmu. Tapi kita kan tengah study. So kita mesti lah nak fokus 100%. Dan kalau dia tanya soalan kat kita, kita pun belum study lagi macam mana kita nak jawab. Kalau sehari dua hari sebelum final exam dia tanya, haa saya lebih suka macam tu sebab saya dah bersedia. Kot hahaha.

Okay lah membebel je kan. Tapi apa-apa pun - Lain Orang, Lain Gaya Pembelajarannya. Yang penting, jangan ikut gaya study orang. Masa study masing-masing pun lain. Tentukan masa study kita sendiri. Jangan ikut kawan kita. Tapi kalau nak ikut benda baik apa salahnya. Yang penting jangan paksa diri, enjoy dalam study dan betulkan niat :D

Bagi yang sedang study week tuu, selamat berstudy week juga! Hehehe.


study week dah start dah!
Keep calm and senyummmm ngeeee




You Might Also Like

6 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.