Happy Anniversary umi abi Yang Ke 31 Tahun! - sayidahnapisahdotcom Happy Anniversary umi abi Yang Ke 31 Tahun!
LightBlog

Happy Anniversary umi abi Yang Ke 31 Tahun!

Happy Anniversary umi abi Yang Ke 31 Tahun!

Happy Anniversary umi abi Yang Ke 31 Tahun!



Tiada manusia yang sempurna.
Tiada manusia yang dapat mengelakkan diri dari berbuat kesilapan.
Sedangkan lidah lagi tergigit.
Apatah lagi suami isteri.

Abi dan umi saling melengkapi
antara satu sama lain.

Umi penyabar, abi sedikit baran.
Umi suka excited kalau ada hal gembira yang berlaku, abi cool.
Umi cepat gelabah kalau ada masalah berlaku, abi rilekkkss.
Umi jenis yang meluahkan perasaan, abi jenis pendam.
Umi tidak reti sangat bersosial, abi peramah dan easy going.
Umi penyayang , abi nakal.

Abi suka teh tarik, umi buat teh tarik sedap.
Abi buat kerja rumah sikit, umi bagi kata-kata pujian.
Abi suka mengusik, umi suka diusik.
Abi suka mengacau, nanti umi balas balik haha.

Umi abi tak romantik. Tapi cukup dengan sebelum tidur mereka berborak bercerita antara satu sama lain.
Umi abi bukan jenis mengucapkan kata sayang setiap hari. Tapi cukup dengan masing-masing menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik sekali.
Umi abi bukan jenis yang hidup mewah. Tapi berusaha untuk memberikan keselesaan untuk anak-anaknya.
Umi abi walaupun secara luarannya kuat. Tetapi dalam hati mereka sangat rapuh dan sangat inginkan kasih sayang dan perhatian dari anak-anak.

Dan yang paling saya admire sangat dengan umi abi - solat berjemaah bersama :)

Kalau abi lambat sikit ambil wuduk, umi tunggu abi untuk solat jemaah bersama.
Walau terpaksa tunggu 10-15 minit sekali pun, umi tetap sabar menanti abi untuk solat jemaah bersama.
Tetapi umi lebih prefer abi solat di surau.
Kerana sesungguhnya kaum adam digalakkan untuk solat di surau/masjid dan kaum hawa disarankan hanya solat di rumah.

Umi pesan banyak kali kat kami adik beradik untuk jaga solat berjemaah.
Pelihara amalan solat berjemaah. 
Umi siap pesan, nanti kalau umi abi dah tak ada, jangan sesekali tinggalkan solat berjemaah ni. 
Umi siap tulis dalam wasiat umi, jaga solat berjemaah dalam keluarga.
Betapa umi sangat mahu solat berjemaah kekal selama-lamaya.
InshaaAllah umi :)

Solat berjemaah adalah pengikat kasih sayang, menyubur perasaan kasih dan sayang. 
Hati akan jadi lebih lembut jika solat berjemaah.
Hati akan gembira kerana dapat pahala 27 kali ganda daripada solat bersendirian.
Masa bersama yang diluangkan untuk solat berjemaah akan jadi lebih bermakna.
 

Happy Anniversary umi abi Yang Ke 31 Tahun!

"Cinta sejati bukan lah yang berusaha untuk mengubahmu, tapi yang berhasil menerimamu dan tumbuh dewasa bersamamu"-unknown

Happy Anniversary umi abi Yang Ke 31 Tahun!


Selamat ulang tahun umi abi. Kakcik sayang umi abi. Terima kasih kerana melahirkan kakcik dan mendidik kakcik dengan sabar sehingga kakcik menjadi yang sekarang ini.

I LOVE YOU SO MUCH :)


Post a Comment

4 Comments

  1. hepy anniversary utk umi & abi, smg bahagia always..")

    ReplyDelete
  2. happy anniversary umi & abi KC.. Semoga kekal hingga ke jannah..

    #moodtouching

    ReplyDelete
  3. happy anniversary untuk umi & abi .
    :)

    ReplyDelete
  4. Happy 31st anniversary to your parents! :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p