Login page CIMB Clicks berwajah baru dan semakin lawa ! - sayidahnapisahdotcom Login page CIMB Clicks berwajah baru dan semakin lawa !
LightBlog

Login page CIMB Clicks berwajah baru dan semakin lawa !

Login page CIMB Clicks dah baru dan semakin lawa !


Login page CIMB Clicks


Login page CIMB Clicks


Welcome to CIMB Clicks! 

Haaa tu lah saya jumpa setiap kali masuk website CIMB Clicks. Dan saya adalah pengguna tegar CIMB Clicks. Asyik masukk je website CIMB Clicks sebab nak topup akaun yes4g saya atau nak topup nombor telefon atau nak buat transaction. Tapi selalunya masuk CIMB Clicks sebab nak topup yes4g. 

Hari ni masuk masuk bila nak Login, eh! Login page CIMB Clicks dah berwajah baru lah! Makin lawa dan nampak semakin matang. Dan lebih berprofessional gituuu.

Login page CIMB Clicks



Login page CIMB Clicks


Kenapa saya suka guna CIMB Clicks?


Sebab mudah, pantas, menjimatkan masa, tidak bayak ragam dan sangat efektif. Saya jarang ada masalah dengan CIMB Clicks. Cuma ada beberapa kali tu tak boleh nak topup. Tak tahu lah sebab apa. Sampai kena sekat rasanya hahaha. Selalu sangat masuk kot. Lepastu call pihak CIMB Clicks baru lah pihak sana buka akaun CIMB Clicks saya balik. Memang lawak bila teringat balik.

Saya rasa sesiapa yang mempunyai akaun CIMB tetapi tiada CIMB Clicks memang rugi. Sebab CIMB Clicks memang sangat mudah dan pantas.

Bak kata CIMB Clicks, manage your accounts with a click of a button!

Kalau saya nak transfer duit ke akaun CIMB atau akaun bank lain, saya terus login ke CIMB Clicks untuk membuat pemindahan tersebut. Ataupun semasa saya nak buat domain baru dahulu, saya hanya gunakan CIMB Clicks. Bila saya nak bayar barang Zalora pun, saya guna CIMB Clicks. Kalau terdesak sangat nak topup handphone sebab kedai tutup, topup je guna CIMB Clicks. Mudah! Pantas! Efektif!

Amboi kemain aku promote CIMB Clicks kan hahahah. Harap pihak CIMB Clicks nampak entri ni lepastu taja topup yes4g aku selama sebulan kahkah. Merepek je.

Okay lah tu je. Haa jangan lupa buat CIMB Clicks pada seseiapa tak buat lagi tu. Kalau nak buat, pergi ke cawangan CIMB untuk mengaktfikan CIMB Clicks. Apa salahnya ambil masa sikit untuk kesenangan pada masa akan datang kan ;)

Selamat malam~! Assalamualaikum.



Post a Comment

5 Comments

  1. tak sukaa wajah baruu ni, hahaha
    lg sukaaaa yg lama. haha

    ReplyDelete
  2. nk tnye... adakah id login n password cimb gune yang sedia ada untk interface ni?? sebb sy try log masuk kat interface baru x lepas...

    ReplyDelete
  3. nk tnye...interface baru ni ada efek pd id n password kite sedia ada ke? sebb sy try login x lepas la... sy pun peminat tegar cimb click

    ReplyDelete
  4. patotlaa cimb ni kdg2 wat hal,rupanya ubah wajah :D

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p