http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?

By 10:09:00 PM , ,

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?

Ehem. Dengar kata orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang daripada orang yang sering tidur lewat. Ehem ehem ehem! Okay terasa okay! Bukan terasa sebab selalu tidur awal, terasa sebab biasa tidur lewat haha. Orang kata saya burung hantu. Malam je mata segar. Tidur lewat. Pukul 1 pagi bagi saya masih awal lagi untuk tidur haha.

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?

Okay back to the statement "orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang" tu. Saya sangat tak setuju tau dengan statement tu! Ermm okay lah kita fikir relevannya di situ. Apa kaitan cepat dipinang dengan tidur awal ? Ada idea tak ?

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?

Okay orang atas ni dia serius bila mengatakannya. Okay nampak serius dia bila ada tanda seru hehe. Dan kenapa dia tak tulis sekali apa sebabnya haish. Kalau letak sekali sebab-sebab kenapa orang tidur awal lebih cepat dipinang, baru saya boleh argue kan. Okay lah saya cuba fikir apa kaitan dipinang cepat dengan tidur awal. Hmmm.

Mungkin ermm kalau si perempuan tidur awal, bangun pun mestilah awal. Kan? Lepas itu bila dah bangun awal, boleh lah kemas rumah, memasak sarapan, solat dhuha. Lelaki kan suka orang perempuan yang bangun awal ni kan kan. Mak mentua pun suka ada menantu perempuan yang rajin bangun awal bantu dia. Tak macam orang yang tidur lewat, bangun pun lewat. Eh tapiii..

Ada je yang bangun lewat, bangun awal. Okay saya akui saya bangun agak lewat. Saya tidur pukul 3/4 pagi lepastu bangun range pukul 8-10pagi (solat subuh bangun le, lepas subuh tidur balik hehe). Saya akui jugak saya akan bangun awal kalau ada exam esoknya je haha. Bangun pukul 9 pagi lewat eh? Hehehe. Takpe takpe saya akan berusaha untuk bangun awal lagi ! Zzzzz.

Eh cerita pasal saya pulak. Oh lagi satu saya dah fikir apa relevan dan kaitan tidur awal dengan cepat dipinang! Alaa apa dia ek. Lupa dah arghhhhh ! Oh ingat dah. Mungkin kalau tidur awal, dapat lah tidur dengan cukup kan. So, muka pun segar pada awal pagi. Muka pun bertambah cantik. So, laki pun ramai lah suka. So, dia pun dipinang. The end. Hahahaha.

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?


Syok pula saya tengok babies atas ni tidur alollooolo omey angat. Okay kesimpulannya saya tak berapa setuju dengan statement "orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang daripada orang yang selalu tidur lewat". Sebab apa ? Sebabnya macam tak berapa nak nampak apa sebab dan kaitan nya haha. 

Bagi saya, REZEKI, JODOH & AJAL di tangan Allah. :)

Camana pula dengan awak ? Setuju atau tidak ? :D

You Might Also Like

5 comments

  1. sya tidur awal. pukul 12.30 tu kira lewat dah. hehe. tp xde siapa pon pinang lg. huwaaa

    ReplyDelete
  2. hahaa. sy selalu tidur lambat. omomooo

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.