RESEPI KEK KUKUS MOIST COKLAT MUDAH DAN SEDAP - sayidahnapisahdotcom RESEPI KEK KUKUS MOIST COKLAT MUDAH DAN SEDAP
LightBlog

RESEPI KEK KUKUS MOIST COKLAT MUDAH DAN SEDAP

RESEPI KEK KUKUS MOIST COKLAT MUDAH DAN SEDAP

RESEPI KEK KUKUS MOIST COKLAT

Menu wajib yang mesti buat kalau ramai adik beradik balik rumah sekaligus ! Kek kukus moist coklat yang sedap dan lembut hingga menjilat sudu! Haha. Jangan risau, jangan panik. Resepi kek kukus moist coklat ni mudah sahaja. 

Jom lihat apakah resepi kek kukus moist coklat !

Resepi Kek Kukus Moist Coklat

NOTA : Saya gunakan Serbuk Kek Coklat D'Rosni. Mungkin anda boleh gunakan serbuk kek coklat segera yang lain.

Resepi Kek Kukus Moist Coklat

Bahan-bahannya :


Bahan-bahan Kek Kukus Moist Coklat

1. Telur 3 biji

Bahan Kek Kukus Moist Coklat

2. Marjerin/ mentega (Planta)

Bahan Kek Kukus Moist Coklat

3. Susu pekat 

Bahan Kek Kukus Moist Coklat

4. Air panas

Bahan Kek Kukus Moist Coklat

5. Serbuk kek coklat segera

Resepi Kek Kukus Moist Coklat

Cara-cara membuat kek kukus moist coklat :


1. Cairkan satu cawan marjerin ( 3/4 digunakan untuk membuat kek kukus & 1/2 digunakan untuk topping kek kukus )

Cara-cara membuat kek kukus moist coklat

Cara-cara membuat kek kukus moist coklat

2. Masukkan 3 biji telur + 1 paket serbuk segera + 3/4 cawan susu pekat + 3/4 cawan air panas + 3/4 marjerin yang telah dicairkan tadi ke dalam besen/ mangkuk.

Cara-cara membuat kek kukus moist coklat

Cara-cara membuat kek kukus moist coklat

3. Kacau bahan-bahan tersebut dengan rata. (sebaiknya kacau dengan menggunakan senduk kayu)

Cara-cara membuat kek kukus moist coklat

4. Isi sedikit minyak pada loyang dan kemudian tabur beberapa tepung di atasnya. 

( untuk mengelakkan kek melekat pada loyang ketika dimasak )

Cara-cara membuat kek kukus moist coklat

Cara-cara membuat kek kukus moist coklat


5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikacau tadi ke dalam loyang. Dan masukkan ia ke dalam periuk kukus.

Resepi Kek Kukus Moist Coklat

6. Biarkan kek coklat dimasak di dalam periuk kukus selama 50 minit.

Resepi Kek Kukus Moist Coklat

Cara-cara membuat topping kek kukus moist coklat:

1. Masukkan 1/2 cawan susu pekat + 1/2 marjerin yang telah dicairkan tadi + serbuk topping kek coklat ke dalam besen/mangkuk/periuk.

2. Kemudian, kacau sehingga rata.

Cara-cara membuat topping kek kukus moist coklat

3. Masakkan ia secara double boiler.

Cara-cara membuat topping kek kukus moist coklat

Selepas 50 minit, angkat kek coklat daripada periuk kukus. Yeayyy menjadi kek kukus coklat kita! 

TIPS : Untuk tahu kek kita dah masak ke belum kan, kita cucuk kek kita dengan pisau dan angkat pisau itu. Kemudian kita check! Jika kek yang melekat pada pisau itu lembik dan masih basah, maksudnya kek kita belum dimasak sepenuhnya. Jika kita nampak kek yang melekat pada pisau kita kering dan tidak lembik, maksudnya kek kita dah cukup masak sepenuhnya !


Resepi Kek Kukus Moist Coklat

Curahkan topping ke atas kek kukus coklat dan jika nak nampak lagi meriah dan sedap, taburkan topping warna warni di atasnya.

Resepi Kek Kukus Moist Coklat


Resepi Kek Kukus Moist Coklat


Siap! 

Pada mulanya, bagi orang yang baru mula-mula nak berjinak buat kek kukus moist coklat ni, mungkin mengambil masa yang agak lama sikit. Tapi saya boleh gerenti pada semua yang untuk kali kedua membuat kek kukus moist coklat dan seterusnya hanya mengambil masa yang sekejap sahaja!

Selamat mencuba ye! :)

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p