SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016 - sayidahnapisahdotcom SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
LightBlog

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016


Jeng jengg siapakah yang bertuah menjuarai ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 (AJL 30) 2016? Tapi sebelum tu nak bagi tahu lah bahawasanya saya tak dapat tengok ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016 malam tadii huwaaa. Yela sebab TV abi conquer tengok cerita Cina, makanya tak dapek la den nak tonton AJL 30 yang saya tengok finalis-finalis nya hebat-hebat belaka. Saya nak komen lebih tentang persembahan majlis AJL 30 pun tak mampu sebab tak tengok hehe.
SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
credit to : anugerahjuaralagu.com

Senarai Pemenang AJL 30 2016

Juara AJL 30 : Akim & The Majistret - Potret

Naib Juara AJL 30 : Faizal Tahir - Assalamualaikum

Tempat Ketiga AJL 30 : Caliph Busker - Hanya Namamu

Kategori Vokal Terbaik AJL 30 : Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah

Persembahan Terbaik : Akim & The Majistret - Poster

( info senarai pemenang credit to shehanzstudio.com )


Woww WOW wow ! *tepuk tangan* 
Tahniah buat semua pemenang ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2015. Bagi saya, yang menang  AJL 30 tu memang layak untuk menang. Tapi tak kata lah kalah tu memang layak untuk kalah. Mungkin cuma tidak bernasib baik dan tiada rezeki untuk menang  AJL 30 pada malam tadi.

Oh tadi sempat sikittttt je tengok persembahan Siti Nurhaliza, Yasin & Jamal Abdillah. Yang part Jamal Abdillah saya tak sempat tengok sebab tengok Running Man Ep257 kat Channel SBS haha. Tapi yang part mereka nyanyi lagu Siti Nurhaliza Cindai & Yasin Mimpi Laila saya dapat tengok. Alahaiii cantiknya Siti bertudung penuh ayu dan menari dengan budak budak comel. 

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
credit to : http://edtv-zahidizakariya.blogspot.my/


Sempat juga tengok dua pengacara  AJL 30 2016 di TV3 tadi  Fara Fauzana & AG pada permulaan majlis. Rasanya mereka berdua memakai pakaian serba hitam. Kan? Ke saya salah tengok hehe. By the way, suka tengok Fara Fauzana bertudung ;)


SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
credit to : mediahiburan.my

Dengar khabar juga, persembahan Faizal Tahir yang paling menyentuh hati para penonton dan para peminat. Huuwwaa saya tak tengok lagi videonya. Katanya ada budak kecil lah. Ada yang sampai menangis tengok persembahan Faizal Tahir di  AJL 30 pada malam tadi. 

Oh sempat juga tengok sikit persembahan Noh Salleh yang menyanyikan lagu Angin Kencang. Nampak macam Noh Salleh sedikit tembam lah. Korang ada nampak tak? Ke hanya ilusi saya seorang sahaja? Haha. Dannnn baru tahu rupa-rupanya lagu Angin Kencang ni Noh buat untuk isteri dia. So sweet lahai. Nak juga husband yang buat lagu untuk saya. Eh. Hahahaha. #berangan
SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
credit to : asamboi.my


Lagu Bukan Hal Aku nyanyian Kaka Azraff dan Sleeq ruginyaaa tak tengok! Saya memang minat gilos dengan lagu ni. Rasanya dah lebih seratus kali dengar lagu ni asyik ulang ulang sampai panas mp3. Sampai dah hafal dah part rap tu. Kalau saya nak nyanyikan part rap tu pun boleh. Tapi kena bersedia la kot-kot saya tersembur air liur time rap tu kahkah.

Okayy itu sahaja laporan  AJL 30 2016 dan luahan dari saya. Harap terhibur dan menghiburkan orang lain juga :D

Daaa~ assalamualaikum *tak jawab dosa* :P

Post a Comment

4 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p