SINOPSIS DAN PELAKON SHA&SHAH - sayidahnapisahdotcom SINOPSIS DAN PELAKON SHA&SHAH
LightBlog

SINOPSIS DAN PELAKON SHA&SHAH

SINOPSIS DAN PELAKON SHA&SHAH


Sinopsis Drama Sha dan Shah

Drama Sha dan Shah mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Shah lakonan Kamal Adli dan Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi. Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran manakala Sha pula membuat keputusan untuk belajar di Malaysia sahaja.
Bila Shah kembali ke Malaysia dia mendapat tahu bahawa dia dan Sha telahpun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen dan lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hanya sekadar sahabat baik namun ibunya pula mengugut untuk menjodohkannya dengan gadis lain.
Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan calon yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai dan akhirnya Sha bersetuju.
Apa yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkan Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya?
*sumber : http://www.notainfo.com/
credit to : www.moviesinfobsyokv2.net
  • adaptasi dari novel Sha&Shah nukilan Sha Ibrahim
  • menggantikan drama Tersuka Tanpa Sengaja
  • ditayangkan di Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
  • bersiaran pada Isnin-Khamis jam 10 malam
  • drama Sha&Shah gandingan pelakon Kamal Adli & Syatilla Melvin
  • pelakon lain drama Sha&Shah : Azwan Kombos, Nina Iskandar, Shima Anuar, Azhan Rani, Aizat Hassan, Kartina Aziz dan ramai lagi

Pelakon Drama Sha dan Shah


Pelakon Drama Sha dan Shah

Pelakon Drama Sha dan Shah

Pelakon Drama Sha dan Shah

Pelakon Drama Sha dan Shah


Ramai juga dah tersyokk dengan drama Sha&Shah ni. Saya pula novel dah baca dah (rasanya), cuma dramanya saje belum tengok lagi. Tak berkesempatan nak tengok acewah,

Macam biasa, tunggu kawan download lah nampaknya. Next sem, den sedut cerita daripada dia haha.

Yang enjoy dengan drama Sha&Shah ni, selamat menonton! :D


Post a Comment

1 Comments

  1. Owh.. Adaptasi novel... Tak baca novel dan tak tgk tv.. Tu yg tak tahu... Nasib bgtau... Hehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p