http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

By 10:15:00 PM , , ,

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE


Wahhh ada drama adaptasi terbaru My Dear, Mr Dimple yang akan ditayangkan di Astro Ria gandingan pelakon lelaki yang berlesung pipit Shukri Yahaya & pelakon wanita putih cantik Emma Maembong. Mesti ramai yang suka drama My Dear, Mr Dimple ni. Mana taknya. Gabungan pelakon yang sangat hebat dan diminati ramai berlakon dalam drama My Dear, Mr Dimple ni. Saya pun tak sabar nak tengok drama My Dear, Mr Dimple !

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

Sinopsis My Dear, Mr Dimple 

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.

“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.

“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara?

(sumber sinopsis : penulisan2u.com)

Para Pelakon My Dear, Mr Dimple 


Shukri Yahaya & Emma Maembong

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE


Pelakon Utama Lelaki Drama My Dear, Mr Dimple 

Gambar SHUKRI YAHAYA :
SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : mysumber.com
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : cosmopolitan.my
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : faixalzakaria.blogspot.my

PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : diarisakuragurl.blogspot.my

Pelakon Utama Wanita Drama My Dear, Mr Dimple 

Gambar EMMA MAEMBONG :
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE


PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : sensasimalaysia.com
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : sweetyzhanieyz83.blogspot.com
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : instagify.com
Fuhh bergetar la jugak tulang rusuk tengok gambar Shukri Yahaya yang berlesung pipit ni hahaha. Dan baru tahu rupa-rupanya Shukri Yahaya ni diberi gelaran Jericho Rosales versi Melaysia. haha. Bila tenung lama-lama betul juga. Memang sama pun Shukri ni dengan Jericho. Pergh hensem weh ! Dengan badan agak tough Shukri ni adoiii macam nak jatuh hati pulakk. Hahaha. Tidakkk ! Jangan tenung lama-lama Shukri sangat ye wahai wanita sekalian. Lelaki orang tu hahaha. Emma Maembong ni pulak alahai cantiknya Ya Allah. Mata dia yang ayu dan senyuman yang menawan, okayyy collapse. 

Okayy nantikan drama My Dear, Mr Dimple  ni di Astro Ria ye! Sama-sama kita nantikan ~

You Might Also Like

1 comments

  1. kak ekin dah lama taw dia ada iras2 pelakon filipino tu hihihi memang minat kalau dia berlakon

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.