http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Buku #Projek100Buku Buku Bergambar Kanak-Kanak Berkualiti Dan Murah

By 2:00:00 PM , ,

#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH


#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
#Projek100BUKU


#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Buku #Projek100Buku Buku Bergambar Kanak-Kanak


     Peranan buku dalam kehidupan sangat penting. Sejak dari alam persekolahan lagi kita telah berdamping dan bersahabat dengan buku. Buku merupakan aset paling penting dalam dunia pembelajaran. Ia memberikan kita ilmu dalam pelbagai bidang. Walaupun zaman telah berubah kepada dunia moden dan teknologi, buku masih menjadi pilihan di sekolah mahupun Universiti. Buku sentiasa dekat dan terus menerus bersahabat dan memikat hati kita, dari kita kecil hinggalah dewasa.


   Pernah kah kita lihat kanak-kanak tidak berminat dengan buku? Cuba kita bawa anak-anak kecil berlalu di hadapan kedai buku, adakah mereka akan berhenti untuk melihat dan menyelak buku-buku yang dipamerkan ataupun tak tertarik lansung dengan buku. Pastinya mereka akan tertarik hati dengan buku, dan membelek-belek buku yang dipamerkan lebih-lebih lagi buku-buku yang berwarna warni atau mempunyai watak kartun yang comel. Buku sememangnya sangat dekat di hati kanak-kanak tapi untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak hingga dewasa memerlukan sokongan dari kedua ibubapa.

   Atas kesedaran pentingnya budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan juga memberikan ilmu bermanfaat yang menarik untuk kanak-kanak, Karangkraf telah menganjurkan #projek100buku bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.


#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Khusyuknya dia 

ISTIMEWANYA BUKU #PROJEK100BUKU


* dihasilkan oleh penulis dan pelukis tempatan dengan bimbingan pelukis seni naif  dan penulis buku kanak-kanak berpengalaman, Yusof Gajah yang pernah memenangi pertandingan ilustrasi kanak-kanak di Pulau Nami,Korea dan kini berperanan sebagai juri dalam pertandingan tersebut.


* dengan bimbingan Yusof Gajah, buku buku ini di hasilkan mengikut format buku kanak-kanak di peringkat antarabangsa.


* Berkonsepkan buku bergambar yang menitikberatkan gambar/ilustrasi, yang mana walaupun kanak-kanak tak mampu membaca tapi masih boleh memahami jalan cerita hanya dengan melihat gambar.


* Sangat dekat dengan dunia kanak-kanak ,yang mana buku ini dihasilkan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak dan menitikberatkan apa yang disukai dan gemari kanak-kanak.


* memberikan kanak-kanak ilmu tentang budaya hidup melayu ,dan kisah masyarakat di Malaysia yang kebanyakkan nya tidak diketahui oleh kanak-kanak disebabkan kurang pendedahan.


*buku bergambar ini bukan sekadar membantu kanak-kanak belajar membaca,tetapi juga berperanan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan juga emosi.



#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

    #PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH


#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

MENGAPA BUKU #PROJEK100BUKU WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

*mempunyai 100 judul buku yang menarik untuk dipilih

*mempunyai 5 kategori buku untuk memudahkan pemilihan

*ilustrasi yang comel dan berwarna warni 

*harga mampu milik, hanya RM3 sebuah

*saiz buku yang kecil dan ringan sesuai dengan kanak-kanak

*cerita pendek sebanyak 16 mukasurat yang padat dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni

*didatangkan dengan kotak menarik untuk simpanan koleksi 100 judul buku sekiranya anda membeli 100 tajuk

#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Siri 20 Buku : Kisah Nilai Murni


#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Siri 20 Buku : Kisah Motivasi


#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Siri 20 Buku : Kisah Sains&Kesihatan

#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Siri 20 Buku : Kisah Kreatif



#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Siri 20 Buku : Kisah Haiwan & Serangga

Untuk  dapatkan buku-buku #projek100buku secara online boleh dapatkan dengan melawati blog salah seorang pelukis ilustrasi #projek100buku ini di www.housewifearts.blogspot.my .Untuk maklumat lanjut tentang buku #projek100buku boleh juga ikuti laman sosial pelukis ini di FACEBOOK dan INSTAGRAM . Buku-buku #projek100buku ini boleh juga didapati di kedai-kedai buku milik Karangkraf.

You Might Also Like

1 comments

  1. nak belikan anak buah kak ain set yang last tu.. dia suka cerita binatang2.. hehehehe.. :) baguskan produk macam ni.. baru lah budak2 tak boring..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.