http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Dinner Capati Cicah Rendang Daging

By 8:04:00 PM ,

Dinner Capati Cicah Rendang Daging 

Malam-malam kekadang tak ada mood nak makan nasi, nak makan yang light-light je . Light ke capati cicah rendang daging? Hahaha. Beli capati frozen dekat kedai, lepastu kalau kat rumah ada 2,3 orang je malas nak masak daging rendang banyak-banyak, beli je rendang daging sikit kat kedai. Haa lepastu moh le kita melantak!

Capati Cicah Rendang Daging
sedapnya capati cicah rendang daging!
Capati frozen yang atas ni jiran saya yang buat sendiri. Dia jual. Lembut woh capati dia! Budak-budak remaja macam saya ni kan jenis tak suka makan capati tapi saya rasa capati jiran saya ni fuh! Lembut dan sedap. Dua keping saya makan! Pernah sekali tu lapar sangat tiga keping saya balun. Tapi memang senak la perut tiga keping. Saya nasihatkan bilangan maksimum untuk makan capati 2 keping je. Jika tidak, anda akan merasakan perut anda ada belon di dalamnya haha.

Capati Cicah Rendang Daging
capati ni sedap dimakan panas-panas.

Disebabkan lambat sangat ambil gambar, saya sempat la ngap satu dua gigit capati tu haha. Capati frozen ni kalau nak kekalkan kelembutan dia dan tak nak keras sangat, jangan masak terlalu lama di dalam kuali. Balik-balikkan capati tu dalam 2-3 minit angkat. Api sederhana. Kalau masak lama sangat pun, tak sedap. Tapi mungkin bergantung juga pada jenis capati tu sendiri. Sebab jenis capati jiran saya buat ni memang dah lembut dan hanya perlu masak sekejap sahaja.

Okay lah perut pun dah kenyang telan dua keping capati cicah rendang daging, jom kita pekena air kopi panas! Hehehe.

Selamat makang semua :)

You Might Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.