http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Episod Akhir Drama Korea Remember~sad ending

By 10:00:00 AM , ,

Episod Akhir Drama Korea Remember~sad ending 

Drama Korea yang berjudul Remember yang ditayangkan pada setiap hari Khamis dan Jumaat di channel SBS One HD sudah pun tamat! Yeayyy! Den ingat ada 24 episod drama ni sebab dapat tahu dekat satu laman web tu yang total ada 24 episod. Rupa-rupanya 20 episod je! Nasib baik sempat tengok episod akhir drama ni sebelum balik ke asrama minggu depan hehe.

Episod Akhir Drama Korea Remember
Remember-War Of The Son
credit to http://sinopsis-tamura.blogspot.my/

Sinopsis Ringkas Remember


Seo Jin Woo(Yoo Seung Ho) memiliki penyakit Hyperthymesia yang menyebabkan dia boleh mengingat setiap kejadian hidupnya secara detail dan sempurna. Untuk membuktikan bahawa ayahnya tidak bersalah, Jin Woo kemudian menjadi pendakwa raya dan bekerja keras untuk membuktikan bahawa ayahnya tidak bersalah. Tapi Jin Woo mulai kehilangan ingatannya kerana terkena Alzheimer ( Alzheimer adalah jenis demensia paling umum yang awalnya ditandai oleh lemah daya ingatan).

Episod Akhir Drama Korea Remember
Drama Korea Remember
credit to koreandrama.org

Sebahagian watak-watak penting Remember

Yoo Seung Ho sebagai Jin Woo (hero)
Park Min Young sebagai Lee In Ah (heroin)
Nam Goong Min sebagai Nam Kyu Man
Park Sung Woong sebagai Park Dong Ho
Han Jin Hee sebagai Nam Il HoUhm Hyo Sup sebagai Pendakwa Raya Hong Moo Suk

Episod akhir Remember 


Nam Kyu Man bunuh diri di penjara. Part ni serius sedih. Sedih sebab sebelum dia bunuh diri tu, dia ingat balik kata-kata Peguam Park yang kata ayahnya akan buang dia akhir sekali. Rupa-rupanya memang betul ayah dia buang dia. Dia teringat juga hero kata dia ni kelihatan sangat menyedihkan -kawan tak ada, sentiasa sunyi, dikelilingi oleh orang yang tak boleh dipercayai. Tapi saya memang sedih tengok Nam Kyu Man ni bunuh diri walaupun dia banyak buat jahat-dosa-salah-macam-setan tapi kesian la last sekali sebab tak ada seorang pun yang menyebelahi & yang ada di samping dia saat dia sedih.

Babak di mana Nam Il Ho tahu anak dia,Nam Kyu Man bunuh diri pun adoiiii~sedihnyaa! Yelaa ayah mana yang tak sayang anak kan. Walaupun dia kata dia dah buang anak dia tu, tapi mestilah saying sebagai seorang ayah tu tetap ada. Expression time ayah dia nangis serius buat kita rasa nak nangis sekali. Kita dapat rasa kesedihan dan kekecewaan dia. Tapi saya tahan air mata! Malu nak nangis depan umi abi kihkih.

Musang licik – Pendakwa Raya Hong ! Dia ingat dia boleh terlepas selepas tolong polis tangkap Nam Il Ho? Eeeii jahat betul dia ni. Bak kata heroin , peguam Hong lagi teruk dari Nam Kyu Man dengan Nam Il Ho. Ini kerana muka dia yang tak tahu malu dan tak rasa bersalah langsung mengkhianati Nam Kyu Man dan Nam Il Ho malah membantu buat kejahatan di tempat lain pula. Padan muka akhirnya ditangkap polis!

Sebelum hero hilang ingatan sepenuhnya, hero sempat beritahu Peguam Park untuk menunaikan janji kontrak yang mereka buat beberapa tahun yang lepas. Mula-mula saya tak tahu apa yang hero suruh Peguam Park tunaikan. Lepas tu akhir sekali baru tahu rupa-rupanya hero minta Peguam Park ambil alih firm guaman dia. Yela suatu hari nanti pun dia akan hilang ingatan. Dan time babak hero completely lupa Peguam Park perghhh soooo sad! Sedih sangat sampai Peguam Park pun nangis. Kakak saya pun nangis part babak ni dia kata. Yela cuba bayangkan.. segala memori masam manis yang kita dah bina dengan orang tu lepas tu pada satu hari dia completely lupa kita ni siapa. Sedih dan sadis.

Episod Akhir Drama Korea Remember
Hero dan heroin Remember
credit to asianwiki.com

Okay ni kira pengakhiran babak~ di mana heroin berjumpa dengan hero di tempat pokok gantung kad. Ni kira tempat memori mereka bersama la. Kat sini jugak lah mereka first kiss *utup mata* ngehngeh. Kira macam tempat ni saksi mereka meluahkan cinta masing-masing la. Aceceyyy. Okay back to the story. Time heroin masuk tempat tu, hero dah nak keluar dah masa tu. So, mereka berjalan bertembung sesame sendiri. Heroin dah senyum-senyum dengan mata bersinar-sinar tengok hero ada kat situ sekali. Masa ni umi,abi dan saya masing-masing sibuk teka “hero kenal dia!”, “hero mesti lalu je ni, dia tak kenal heroin”, “hero dah tak ingat dah kat heroin”, “cehh cehh cehh mesti dorang berhenti lepastu peluk, happy ending~”. Hahahah macam-macam kami teka. Dan yang sebenarnya, tekaan abi betul.

Hero tu just lalu je tepi heroin. Selisih tanpa bertegur ke ape, senyum pun tidak, completely being stranger! Perghh masa tu heroin dengan dramaticuniq nya tersentap. Dia berpaling ke belakang, memanggil hero. Tapi hero tanya “siapa awak?”. Perghhh dengan background muzik sedih nya, heroin terpaku tergamam. Lepastu hero mungkin rasa bersalah sebab tengok heroin tu macam nak nangis. Dia pun kata dia minta maaf sangat-sangat sebab ingatannya yang tak berapa nak baik. Pergh sian gila heroin masa tu. Walaupun benda ni dah dijangka akan berlaku, tapi heroin still feel sentap dan overwhelmed dengan perasaan sedih la hero tak ingat dia. Heroin pun balas “tak apa. Saya tersilap orang. Muka awak macam iras seseorang yang saya kenal”. Lepastu hero pun berlalu pergi. Si heroin melangkah ke pokok. Ambil satu kad. Dan isi kandungannya …

“I’m sure the pieces of my memory that I’ve lost are with you. Please cherish those memories forever. Wherever I am, I always wish for your happiness.”

Sejurus selepas heroin baca je kad tu, heroin pun tersenyum-menangis dan berlari pergi medapatkan hero. Dia panggil lagi sekali hero. Dia tanya “kenal tak rantai ni?” *rantai tu ialah rantai yang hero pernah bagi kat dia*

Hero pun jawab dia tak kenal.

Heroin pun tersenyum. Dan ikut jalan di belakang hero sambil tersenyum.

-THE END-

Haa ye ye saya tahu. Saya faham mesti ramai gilos tak puas hati dengan ending ni. Dah la sad ending, lepas tu tak faham motif heroin tu senyum gembira last sekali. Sepatutnya dia sedih la kan kan bila hero tak ingat dia? Kenapa dia senyum pula? Tak paham argh~! Umi paling tak puas hati dengan heroin tu hahaha. Umi banyak kali cakap “hishhh nape heroin ni senyum pula. Jadi, hero ni dia ingat ke tak sebenarnya heroin? Kat kad kata ingat, tapi bila panggil tak ingat pula. Ish”

Hahaha sian umi. Saya pun tak faham sangat sebenarnya. So, saya tanya la geng EFG yang tengok juga drama ni :Kak Niz. Kak niz pun beritahu la.. hero memang tak ingat heroin dah. Tu bila heroin panggil, dia tak kenal heroin. Hero tu dah lepaskan segala memori indah bersama heroin di dalam kad yang ditulisnya dan gantung di tempat pokok. Si heroin senyum akhir sekali sebab si hero masih ingat memori mereka bersama tetapi terpaksa lepaskannya kerana penyakit Alzheimer yang dihidapi hero.

Haaa gituu penjelasan dan maksud tersirattt sangat di sebalik ending Remember ni. Sabo jelah aku. Hahaha.
Okay tu je. Nak tonton dan muat turun full episode drama korea Remember ni? Klik SINI.
Semoga terhibur dan ni second time saya jumpa cerita Korea yang sad ending argh.

You Might Also Like

2 comments

  1. Dah lama tak layan drama korea. Last drama yang Syaza tengok pun She Was Pretty. Macam best drama ni :)

    ReplyDelete
  2. tak sempat tengok sampai ending drama ni... sedihnya ending dia T_T

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.