http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Lirik Lagu HANCUR AKU - ESTRANGED feat FAZURA

By 8:00:00 PM ,

Lirik Lagu HANCUR AKU - ESTRANGED feat FAZURA

First time dengar semalam sebab ada seorang blogger ni namanya nbla suruh dengar. Katanya sedap, boleh tahan gak lagu dia. So, saya pun memang jenis yang layan lagu kat youtube pergi la search kat youTube. Mula-mula layan lagu Pencuri Hati dulu hehe pastu baru search lagu Official Music Video Hancur Aku by Estranged feat Fazura. Lepastu terkejut gak! Kenapa saya terkejut? Jengjengjeng~ jom layan lirik lagu ni dulu!

Lirik Lagu Hancur Aku by Estranged ft. Azura
Lagu Hancur Aku nyanyian Estranged feat Fazura


Lirik Lagu Hancur Aku by Estranged ft. Fazura


Apa khabar teman

Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu
Apakah ertinya
Kesemua ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Hooo.

Apa khabar teman
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari
Diri aku

Apakah ertinya
Kesudahan ini
Sepatutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Bila engkau tiada(bila engkau tiada)
Rindu kau bicara
Hancur. hancur aku

Bila teringatkan mu(oh teringatkankan mu)
Hancur, hancur saja
Bila inginkan mu
Hancur aku
Hancur aku


credit lirik to : www.lirikcinta.com

Lirik Lagu HANCUR AKU - ESTRANGED feat FAZURA
Penuh penghayatan gitu Fazura
Okay back to the question kenapa-saya-terkejut tadi? Saya terkejut sebab Official Music Video Lagu Hancur Aku ni belum sampai dua bulan pun lagu ni dimuat turun di YouTube, sudah pun hampir mencecah 2 juta view! Hebat la tu kan? Hebat sebab lagu ni bukan lagu OST mana-mana drama atau movie pun tapi surprisingly mampu mendapat view lebih dari 1 juta dalam masa 1 bulan lebih je. Hebat sebab lagu-lagu Melayu ni memang susah nak dapat berjuta-juta melainkan atas faktor-faktor tertentu kan. Tu pandangan saya la. Kagum la juga dengan lagu ni. Boleh tarik berjuta-juta pendengar.

Lirik Lagu HANCUR AKU - ESTRANGED feat FAZURA
hancur hancur aku bila bila saja~ hancur hancur aku.

Lagu ni bagi saya, memang best. Memang kena dengan taste saya haha. Suara Estranged memang terbaik! Ala-ala Indon suara dia, tu yang best tu. Suara Fazura pun bagi saya sedap dan kena dengan lagu ni. Harmoni je dengan suara Estranged. Dah lebih 10 kali gak saya ulang lagu ni kat YouTube. Pakai wifi UPM kan, boleh la ulang banyak kali haha. Memang layak la lagu ni dapat juta-juta view. Sebab sangat sedap lagu dia. Walaupun word 'HANCUR' duk banyak kali ulang kan, hahaha tapi best gak.

Nak dengar lagu ni? Klik SINI

Okay selamat melayan lagu ni~ :)

You Might Also Like

7 comments

  1. sedap jugak lagu ni tapi asyik ngulang je...ehehehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. best.. serius best.. sekali dgr nk dgr lg.. trust me

      Delete
  3. wuuuu.. ingat KC tak layan.. layan rupanyaaa.. hahaha...

    ReplyDelete
  4. lagu ni best.. tapi suara Fazura terlalu lembut bagi kak ain.. tak rasa hancur sangat la.. rasa melo-melo drama gitueww.. hehehehee.. dah memang orangnya lembut cantik bergaya kan.. suara pun mesti la lembut... :)

    ReplyDelete
  5. lagi sedap kalau saya yang nyanyi dgn Fazura

    -Fendizabeth

    ReplyDelete
  6. lagu ni bg saya bosan dok ulang benda sama dan tiada msj jelas dan bermanfaat nk dsmpaikan. lagu pencuri hati bg sy lagu yg maaf brbahasa kasar, sgt rubbish..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.