kenapa AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya - sayidahnapisahdotcom kenapa AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya
LightBlog

kenapa AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya

kenapa AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya

Mula-mula tu saya tak tahu pun kewujudan aiskrim choki-choki ni. Yang saya tahu tengah hangat sekarang ni ialah aiskrim sumi. Tapi bila salah seorang blogger EFG yang mendapat trafik hits yang datangnya dari entri Resepi Aiskrim Choki-Choki, saya pun baru ..wowww! tak sangka pula. Lepastu baru-baru ni, keluarga dan saudara mara saya pun buat aiskrim choki-choki ni. Perghh. Pelik beno saya kenapa tiba-tiba askem chokichoki ni hits benar sekarang ni.


Kenapa Aiskrim Choki Choki Famous Popular?

  • dulu penemuan baru tak dapat dikongsi.. sekarang apa saja yang rasa nak dikongsi boleh dikongsikan
  • sebab ada orang viral dan sekarang zaman viral
Haaa tu je jawapan-jawapan yang saya boleh dapat bila ditanya kepada sedara mara dan kawan-kawan. Hehehe.


AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya
Penemuan aiskrim choki choki yang kata orang .. lazat

Resepi Aiskrim Choki Choki Sedap Dan Mudah


Bahan-bahannya 

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
Secubit garam
2 sudu 1/2 tepung jagung

Cara-cara membuat Aiskrim Choki Choki

1. Kacau semua kemudian didihkan dengan munggunakan api kecil.

** tepung jagung : untuk bagi lembut
** garam : membangkitkan lemak & mencegah kembung
** air : guna air tapis yang sudah dimasak

2. Choki-choki dipotong. Kemudian dimasukkan di dalam plastik aiskrim dan picit-picit.

3. Selepas picit-picit , ratakan elok-elok.

Siap!


AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya
Kakak buat aiskrim choki choki yang agak tidak menjadi hehe

AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya
Yummy yummy~ aiskrim choki choki dalam peti ais!

AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya
Aiskrim milo dan anggur pun boleh kalau tak nak choki-choki :P

Selamat mencuba!



Entri RESEPI yang lain :

Post a Comment

7 Comments

  1. Sedapnyaa..nak sumi2 punya.hehehe

    ReplyDelete
  2. Time panas2 ni .. hmm memang viral benda2 sejuk ni. Apalagi .. leh la start bisnes buat aiskrim

    ReplyDelete
  3. lama dah cari resepi aiskrim choki choki ni akhirnya jumpa jugak. hihihi.
    boleh cuba nanti :)

    ReplyDelete
  4. Hahaha mmg femess laaa aoskrim choki choki

    ReplyDelete
  5. aina da cuba aiskrim sumi.. nak try coki coki la pulak.! mengidam teruk tgk gambar nii huhu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p