http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG YANG SEDANG VIRAL!

By 4:56:00 PM , , , ,

CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!

Siapa yang pernah dengar Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru yang lokasi gerainya di Kundang, Selangor? Alaaa yang viral dekat media sosial tu, yang char kuey teow dia betul-betul tsunami tu. Yang ada 5 ekor udang, 1 sotong & 1 ketam besar. Harganya hanya RM14! Perghhh den tengok pun terliur sebab nampak macam menyelerakan sangat! Tak caye? Okayy jom layan gambar-gambar Char Kuey Teow Tsunami yang confirm buat kita meleleh air liur!

CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Char Kuey Teow Tsunami Udang Galah
credit to Dieyana Nana
CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Char Kuey Teow Tsunami Ketam Udang
CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Char Kuey Teow Tsunami
Betul-betul Tsunami!
Ohh selain menu char kuey teow Tsunami, ada juga menu lain seperti Mee Goreng Melayu, cendol pop-pop dan rojak pop-pop. Yang ni pun nampak arghhhhh sedap!

CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Mee Goreng Melayu

CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Char Kuey Teow Tsunami Special
credit to Ugkic Nawkaz
CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru
credit to Mohd Firdaus
CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Rojak Pop-Pop pun ada! Sedapkan nampaknyaa!
CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Ni paling geram sekali sebab arghh sedapnya!
credit to chewnglow.suria

CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Mee Kari Tsunami Ketam
credit to Izz Aryan Amsyar
CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Cendol Pop-Pop pun boleh pekena kat sini

CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Char Kuey Teow Tsunami Udang Galah Banjir
credit to Dieyana Nana

CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Char Kuey Teow Tsunami Udang Ketam
credit to Si Eyka

Kenyang dah tengok makanan-makanan yang maha sedap tu? Hahaha. Kebanyakan dari gambar-gambar di atas saya ambil sendiri di Facebook CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU. Sambil saya skrol-skrol ushar gambar, saya lihat ada banyak komen yang puji sedap sangat dan tidak mengecewakan rasanya. Yelah kita tengok gambar tadi pun memang mewah dengan udang pun, of course sedap kan. Ada yang sarankan orang ramai pergi mencuba sendiri kesedapan char kuey teow tsunami ni. 

Oh ada juga yang meluahkan kata-kata tak puas hati sebab lama tunggu, service pelanggan tak bagus la, pekerja dia tak mesra la. Mungkin betul complain-complain ni. Dan mungkin reka cerita je. 

Tapi saya terfikir ..kalau dah namanya tempat ni tengah HOT, lagi-lagi diviralkan pula..  mesti lah akan ramai orang yang akan datang. Setakat tunggu sejam dua jam normal la kan? Lagi-lagi masa kau datang tu ramai gilos orang. Mestilah pakcik nak buat tu pun banyak nak kena masak. Tentang servis dan pekerja tak mesra tu, saya no komen sebab saya tak pernah lagi pergi. Tak tahu betul ke tak dia cakap tu. Sebab ada post lain saya tengok pula dia puji je servis pelanggan kat situ. Takde pula pekerja tengking-tengking pelanggan ke seperti yang dimaklumkan oleh orang lain.

Haih macam-macam kan. Tapi yang penting, jangan dengar cerita orang. Entah betul atau tidak. Kalau nak komen lebih-lebih, kita kena pergi sendiri. Rasa dan tengok dengan bijik mata sendiri macam mana layanan pekerja dan owner gerai tu terhadap kita. 

CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Langkawi Char Kuey Teow Ketam
credit to Liza Zakaria
Mengiurkan betul tengok menu-menu ada di Teratak Dedap ni. Nasi Kukus Udang yang paling menarik hati saya! Yelaa saya kan suka nasi hahaha. 

CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Menu Char Kuey Teow di Teratak Dedap
credit to Badrul Hisham

CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Pemandangan indah Tasik Biru
credit to yusainimohdyusof,com

Lokasi : Tasik Biru Kundang, Sg Buloh, Selangor (bersebelahan D'anjung steamboat-khemah putih)
Waktu operasi :  Setiap hari kecuali Isnin&jika tiada bekalan udang/ketam
Masa : 1 p.m-11 p.m
Contact no. tel : 019-3427478
FB Warung Teratak Dedap : klik SINI
FB Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru : klik SINI


Saya harap sangat suatu hari nanti saya dapat pergi ke sini. So, korang dah pernah cuba ke? Ke tak pernah tahu pun kewujudan char kuey teow tsunami ni? 

You Might Also Like

11 comments

  1. salam Ya Allah sedapnya ! :) saya ni fav kuey teow2 ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnyer nampak!! Mcm2 haiwan ade rm14 je, bubur kt kedai kopi xoxo lagi mahal lol, nmpk berbaloi.. mmg nk kene pi cuba ni XD

    Jom Terjah: RF3 World FirMax3 Malaysia :)



    ReplyDelete
  3. Boleh cuba ni dik...kena pergi dulu...kemudian boleh bagi pendapat...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya char kuey tiow. Boleh try ni. Hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nengok seafood dia.. Ohsem sangat..

    ReplyDelete
  6. pergh~ lapar blek tgk KC punya entry ni.. pergh~

    ReplyDelete
  7. SHedapnyeeee :"( tapi sy allergik udang..sob3

    ReplyDelete
  8. dah pergi!! nantikan review saya!

    ReplyDelete
  9. laaaaa...ingat KC yang pi...ish....saje bagi org terliur la..

    ReplyDelete
  10. Hi tengok pun dah lapar..Hi Awak Mari Jawab 4 soalan Ucing.Ada Berani .? :cool:

    ReplyDelete
  11. Salam semua..saya bru pi last week..mmg terbaek!!

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.