Komposer Datuk Adnan Abu Hassan telah meninggal dunia - sayidahnapisahdotcom Komposer Datuk Adnan Abu Hassan telah meninggal dunia
LightBlog

Komposer Datuk Adnan Abu Hassan telah meninggal dunia

Komposer Datuk Adnan Abu Hassan telah meninggal dunia

Ya Allah terkejut tahu Datuk Adnan Abu Hassan meninggal dunia sebentar tadi. Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya memang tahu beliau sakit semalam. Tup tup harini dapat tahu beliau sudah pun pergi meninggalkan kita.

Tengok dekat instagram official hlive -

Innalillahiwainnailaihirajiun. Perginya sebuah lagi permata tanah air, seorang komposer hebat, seorang bapa, seorang suami, seorang sahabat, Allahyarham Adnan Abu Hassan yang telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 2 pagi tadi di Hospital Selayang. Kami doakan semoga rohnya ditempatkan dalam golongan mereka beriman. Al-Fatihah #hlive #adnanabuhassan #datukadnanabuhassan

Komposer Datuk Adnan Abu Hassan telah meninggal dunia
Datuk Adnan Abu Hassan meninggal dunia
credit to mforum.cari.com.my

Dimaklumkan bahawa semalam komposer terkenal tanah air, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, dilaporkan kritikal di unit ICU Hospital Selayang. Puncanya ialah kerana beliau diserang angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang berfungsi. Beliau hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Komposer Datuk Adnan Abu Hassan telah meninggal dunia
Datuk Adnan Abu Hassan dibantu oleh Datuk Siti Nurhaliza ketika menuruni tangga
Siapa yang tak kenal komposer hebat ni yang telah mencipta banyak lagu-lagu yang sangat hebat dan lagu-lagu hasil ciptaannya sangat mendapat tempat hati rakyat Malaysia. Antara lagu yang sangat popular di Malaysia pada satu masa dahulu dan telah mendapat anugerah di AJL ialah lagu Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza), Keabadian Cinta (Anuar Zain), Puncak Kasih (Ziana Zain), Hanya Di Mata (Erra Fazira) dan Elegi Sepi (Azharina Azhar).

Semoga Allahyarham aman di sana aminnn. Al-Fatihah~

Post a Comment

4 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p