http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

By 12:00:00 AM ,

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?


Orang kata… tak kenal maka tak cinta. Kalau dah kenal, kena cinta ke? Eh.

Tapi lepas dah kenal blogger Nik Nor Izzati a.k.a Izzati Suhaide ni, jangan jatuh cinta pulak sebab beliau dah berpunya, ehem! Kekeke~

First of allll.. Jom la buat sesi taaruf sikit dengan akak comey nii. Saya panggil akak comey ni kak jati. Panggilan manja gituuuww~

  • mula berkecimpung dalam dunia blog pada tahun 2010. So, dah 5 tahun beliau berblogging.
  • menjadi ahli KBBA dan EFG dalam 9 bulan lebih macam tu.
  • niche blog : lifestyle.
  • umur 25 tahun. Comey. *tapi tak boleh lawan kecomelan saya la muehehe*
  • tinggal di Tanah Merah, Kelantan
  • pernah study degree di UiTM Kota Bharu, course Statistik

Okay tu sedikit muqaddimah. So…sekarang nii jom kita lebih ke dalam lagi.....

Ada Apa Dengan Blogger Bernama Izzati Suhaide?


Kak jati ni kan cantik tau. Comel. Muka innocent. Awet muda. Kurus pulak tu. Ketinggian pun 155cm. Jeles tauu titeww.

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?


Kak jati suka bab-bab design ni. Bab-bab edit template blog. Pandai main coding. Header blog beliau buat sendiri. Template pun beliau edit sendiri. Ubah coding sana ubah coding sini. Disebabkan power bab coding, tu yang berani banyak kali tukar template. Hebak kan?

Kak jati ni seorang yang tabah. Cekal. Kuat. Walaupun beliau kata Izzati yang sekarang tak sekuat Izzati yang dulu.. tapi saya percaya kekuatan beliau yang sekarang masih kuat. Level confident turun..itu biasa. Kekadang naik, kekadang turun. Itu biasa. Kak jati tidak mudah berputus asa atau mengalah dalam apa keadaan jua sekalipun. Walaupun memiliki hati yang cepat tersentuh dan sensitif, beliau hidup dengan memegang satu matlamat hidup : sentiasa pandang ke hadapanwalau apa jua cabaran yang mendatang dan yang penting jangan putus asa.

Kak jati ni jugakkk..kecik-kecik cili padi. Walaupun dah hantar resume dan minta kerja di banyak tempat, tetapi masih lagi tiada kerja. Jika ada peluang pun, ada pula halangan yang lain. Kak jati tidak mahu hanya membuang masa di rumah goyang kaki.. jadi beliau mengambil risiko memulakan agent dropship perniagaan beliau..IZ Hijabist.

Entri-entri kak jati sekarang lebih kepada tentang diri sendiri, perasaan, cinta, dan wanita. Bersifat lebih kepada permainan jiwa dan emosi. So,lelaki-lelaki luar sana kalau nak lebih mengenali hati wanita boleh la baca entri-entri beliau. Haa pada wanita-wanita pun boleh baca juga untuk memahami diri sendiri.

Saya suka pada satu entri beliau ni…"Wanita Tabah Itu Bukanlah Aku” Selain bercerita tentang diri sendiri, beliau juga membiarkan pembaca merasai apakah erti dan maksud di sebalik tabah dan sabar. Beliau memberi saya satu semangat. Entri tersebut memberi satu pengajaran pada diri saya sendiri...'kalau kita rasa kita susah, ada orang lebih susah dari kita'

Kak jatii seorang yang...Easy going. Senang untuk ajak berbual. Senang berkongsi cerita. Tidak kokek ilmu. Friendly. Tak sombong.

Cuma…!

Haaa asyik puji je kan, nak kutuk pula ni. Hahahah. Eh takde lah kutuk punnn.

Cuma..

Kak jati ni mood diaa suka swing (berubah-ubah). Tetiba bad mood. Kekadang tiada mood. Suka spam sticker kat telegram. Suka buat icon mata ke atas kalau malas nak berbual. Suka makan lewat malam.

Hahahaha. Comel je kan. Dengan adanya habit/tabiat macam ni lah, saya suka usik beliauu hahaha.

Okay okay serius balik.

Saya suka kak jati. Saya sayang beliau. Saya dah anggap beliau macam kakak sendiri. Jadi..nasihat saya… Banyakkan lah buat entri! HAHHAHAHA. Saya suka dengan penulisan dan penceritaan beliau. Jadi, rugi lah kalau beliau tidak tonjolkan bakat tu dalam penulisan. Kalau nak tonjolkan, kena la buat banyak-banyak entri ye dak? Hehehe.

So, kak jatiii sila la target entri bulan ni lebih banyak dari bulan bulan lepas yeee hehe.


Okbai love you kak jati.Muah cikeddd!

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?


Nama blog: Izzati Suhaide
Instagram personal: www.instagram.com/zatiesuhaide
Facebook page : coretan izzati suhaide
: IZ Hijabist
Facebook personal: Izzati Suhaide

You Might Also Like

10 comments

  1. Seronok berkenalan dengan blogger coretan zatie suhaide

    ReplyDelete
  2. Sbb tak malu kak ummul nak komen..haha..tak de idea..haha

    ReplyDelete
  3. hahahhaa.. tersenyum2 kak ain baca ni.. sebab terbayang-bayanh sembang kita kat group whatsapp dgn Zatie yg suka letan icon mata pandang atas tu... rasa nak cucuk2 mata...!! hehehhehee...

    :)

    ReplyDelete
  4. oh noooo..baca entry kc ni buat kak zati rasa nak nangis..nampakkkk impak nye penulisan kc..terkesan di lubuk hati ku..cewahhh..hahaha..tenkiu my dear..luv u.. mmuahhh..

    ReplyDelete
  5. Penulisan yang sampoi...dan ceria.....www.keladionline.com....follow....

    ReplyDelete
  6. Setuju! Kak Jati selalu mood SWING! SWING! and SWING!

    ReplyDelete
  7. Style dua-dua blog sama.
    Cantik, manis dan comel dua-dua. =)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.